Manusia bekerjaya zaman ini kadang-kadang kelihatan amat melucukan (ketawa untuk diri sendiri). Beban kerja yang dipikul seolah-olah itulah saat pengakhiran kehidupan. Ini bahagian dunia. Alangkah moleknya jika kita juga luangkan sedikit masa dan ambil kaedah kerja dunia kita untuk beribadah. Kita pulun betul-betul, sebagaimana komitmen kita dalam kerja seharian. Realitinya jika diletakkan atas neraca, senget sebelah. Jangan abaikan diri sendiri kerana ingin menaikkan pangkat dan nama orang lain.
*sayangi diri anda
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.