Sunday, July 05, 2009

Memilih kawan atau sahabat

Dalam perhubungan sesama manusia kadang-kadang falsafah orang tua boleh dipakai. Lebih baik ada seorang sahabat daripada seratus kawan. Ini kerana istilah kawan dan sahabat amat berbeza. Sahabat adalah teman sejati yang akan sentiasa bersama kita tak kira senang atau susah. Sahabat juga akan membimbing kita ke arah kebaikan. Manakala, kawan-kawan adalah teman ketika senang dan tempat kita bersorak beramai-ramai tak kira baik atau buruk. Dalam kata lain lebih kurang sama dengan kawanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.