Friday, July 03, 2009

Guru dan ilmu

Dalam penyebaran ilmu persilatan (khusus utk Gayong) sewajarnya ilmu janganlah dijaja-jaja. Terdapat beberapa amalan peringkat guru yang perlu difahami dan diselidik dulu susur galur peribadi anak murid. Kenali dulu hati budi bakal pewaris ilmu itu, kerana mereka bakal membawa warisan leluhur kita. Jangan hanya seratus dua kita jual ilmu kita di tepi-tepi jalan. Jangan gopoh untuk menabur benih, takut yang tumbuh ialah lalang. Kekalkan warisan menuntut, agar kemanisan ilmu tidak luntur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.