Saturday, January 31, 2009

Teka teki pagi ahad :

Apakah sebelum ilmu ?

Pertanyaan ini pernah ditanyakan oleh seorang tua kepada saya semasa berumur 14 tahun, kira-kira 27 tahun yang lalu. Untuk mencari jawapanya saya menemui pelbagai jenis guru dengan pelbagai jenis ilmu dan pelbagai jenis jawapan. Setiap jawapan yang saya temukan saya rujuk balik padanya. Jawabnya " bukan", cari lagi dan tanya lagi. Begitulah sehingga saya berumur 20 tahun barulah diberi jawapannya. Kini saya berkongsi dengan teman-teman soalan yang telah membawa saya ke satu perjalanan yang penuh cabaran.

40 comments:

  1. Saya cadangkan dua kemungkinan jawapan. Yang pertama, sebelum ilmu ialah jahil. Umpama gelap sebelum cahaya. Kemungkinan kedua, sebelum ilmu ialah petua, kerana untuk mendapatkan ilmu perlu dengan petua umpama kunci bagi membuka peti. Bagaimana cikgu, ada markah ke jawapan ni?

    ReplyDelete
  2. Jawapan sahabat betul tapi tak tepat, cuba lagi.

    ReplyDelete
  3. السوال مفتاح العلم

    Soalan itu kunci ilmu.

    ReplyDelete
  4. RASA...INGIN...BILA ADA RASA DAN INGIN MENGETAHUI BARULAH DAPAT ILMU ITU...

    ReplyDelete
  5. sebelum ilmu di dunia ini adalah roh

    ReplyDelete
  6. last...sebelum ilmu adalah sabar...

    ReplyDelete
  7. bukan, bukan, bukan. kena cari lagi
    dah dekat tu

    ReplyDelete
  8. Saya rasa sebelum ilmu adalah guru. Tanpa guru tak mungkin ada ilmu. Guru itu sama ada guru zahir yang mengajar atau guru dalam diri sendiri yang memancar ilmu secara ilham atau laduni.

    ReplyDelete
  9. Salam
    Ambo rasa jawapannya AKAL

    ReplyDelete
  10. 6 tahun punya soalan baru dapat jawapan? nak kena tanya hati dulu ni...

    ReplyDelete
  11. Sebelum ilmu itu adalah adab, dan selepas ilmu itu adalah perkataan dan perbuatan...

    ReplyDelete
  12. Secara saintifik, ilmu adalah PENGALAMAN YANG TERKUMPUL. Pengalaman manusia ratusan tahun didokumentasikan maka menjadi ilmu. Oleh sebelum ilmu ialah PENGALAMAN.

    ReplyDelete
  13. Dah semakin hampir, tapi belum tepat. terima kasih, cuba lagi

    ReplyDelete
  14. sebelum ilmu adalah ingin tahu..

    hehehe

    ReplyDelete
  15. salam cikgu, saya nak coba, sebelum ilmu rahmat.

    ReplyDelete
  16. salam
    ambo rasa jawapannya PETUA

    ReplyDelete
  17. apa ya sebelum ilmu, mmm... kalau sebelum ilmu adalah Allah Ta'ala.?
    kerana semua ilmu adalah miliknya dengan asma alimun. betui ker cikgu?

    ReplyDelete
  18. Dah semakin hapir, tapi belum tepat.Tanya hati.

    ReplyDelete
  19. Salam
    NUR.....jawapan ambo kali ni...makin mencabar minda kawe, x per kawe koho suko,,,,,hehehe

    ReplyDelete
  20. Klu : Rujuk balik asas pengajian ilmu tauhid, jawapanya ada di sana.

    ReplyDelete
  21. ILMU ITU ADALAH ALLAH DAN AMAL TIU ADALAH MANUSIA.

    ReplyDelete
  22. Adakah jawapannya sebelum ilmu ialah Diri?

    ReplyDelete
  23. salam cikgu, nak cuba lagi, kalau sebelum ilmu adalah mengenal diri.

    ReplyDelete
  24. cikgu, sebelum ilmu jahlun. atau bodoh.

    ReplyDelete
  25. rujuk balik ktab sifat 20, baca dengan teliti. Terima kasih

    ReplyDelete
  26. Sebelum ilmu ialah kehendak

    ReplyDelete
  27. salam tun....adakah sebelum ilmu adalah NUR

    ReplyDelete
  28. salam..sblm ilmu muncul 3 huruf iaitu I,L,M...itulh jwpn hamba ALLAH yg kerdil lg serba kkurangan

    ReplyDelete
  29. salam..sy rasa nak cuba jgk...sblum ilmu jwpn sy adalah WUJUD...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.