Penggunaan canai elektrik pada masa ini amat membantu tukang-tukang sampir. Jika dahulu kikir parut, kaca, daun mempelas banyak digunakan. Kini canai yang menggunakan kertas pasir amat menyenangkan kerja. Di samping menjimatkan masa ia juga boleh digunakan untuk membentuk ulu-ulu yang mempunyai lenggok yang menarik. Walau apapun hanya mereka yang mahir dan pakar sahaja yang mampu membuat kerja-kerja seni mengukir.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.