.jpg)
###########################################
Dua minggu lepas saya meluangkan sedikit masa untuk menunaikan hajat Syed Firdaus dan saudara-saudaranya dari Kuala Lumpur. Bersama Zul saya teah mengaturkan pertemuan dengan Pak Mod pandai besi tertua di Kelantan pada hari ini.
Sikap Pak Mod yang sering merendah diri nampaknya berjaya menambat hati rombongan. Perkataan "ambo tak panda", "ambo tak gheti" sering keluar dari mulut Pak Mod.
Pak Mod sudah bertukang sebelum kedatangan tentera Jepun di Tanah Melayu di Pasir Pekan. Tapi masih lagi mengatakan dirinya tak pandai. Bandingkan dengan kita yang baru berjinak-jinak dengan besi dua hari setengah, berlagak seolah-olah dunia perkerisan kita yang punya. ( Maaf foto kurang baik kerana hanya guna h/phone shj)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.