Walaupun baru setahun jagung dalam bidang bisnes perkerisan, ibarat budak hingusan yang masih hijau saya berasakan diri ini amat bernasib baik. Ini kerana bisnes saya disokong oleh rakan-rakan, sahabat, peminat senjata warisan dan ramai lagi yang membuka blog saya tanpa meninggalkan jejak. Terima kasih semua.
Siapalah saya dalam dunia perkerisan tanpa sokongan sahabat semua berbanding dengan sifu-sifu besar dalam dunia perkerisan di Kelantan dan juga Nusantara. Dalam kesibukan sebagai guru saya gagahkan juga sedaya upaya untuk menyampaikan hajat sahabat-sahabat, walaupun tidak semua mampu saya bantu.
Saya berasa bangga kerana hadirnya saya dalam bisnes perkerisan secara maya dapat membantu mengenyangkan banyak mulut-mulut kecil. Membantu tukang-tukang uzur dan dapat menyemarakkan dunia perkerisan dalam suatu bentuk baru.
Kerana pertanyaan dan soalan sahabat-sahabat juga saya semakin rajin menggali khazanah tinggalan nenek moyang kita.
Paku patah papan pecah
Pecah mari di Inderagiri
Kenal Aku kenal Allah
Terperi diri rahsia hati
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.