Thursday, May 29, 2008

Tukang -Tukang Unggul

Apabila berbicara tentang keris pada zaman moden, agak ramai umat Melayu yang masih keliru. Ini terjadi kerana kerja-kerja pembuatan keris dan senjata sudah begitu asing bagi masyarakat moden hari ini. Bukan sahaja masyarakat biasa yang tidak arif tentang pembuatan keris malahan kolektor-kolektor keris juga. Ini bukan salah sesiapa, keadaan ini adalah satu fenomena semulajadi apabila proses urbanisasi mula melanda sesebuah negara.

Keadaan ini dirumitkan lagi dengan teknik-teknik rahsia yang diwarisi oleh seseorang tukang dari leluhurnya. Biasanya tukang-tukang mahir tidak akan mendedahkan kepada pelawat, orang awam, tukang-tukang saingan, malahan kepada penempah senjata sendiri bagaimana kaedah-kaedah tertentu yang menjadikan keris mereka gah dan cantik. Dikhuatiri pada suatu hari nanti semakin sedikit generasi baru yang menguasai kemahiran pertukangan besi yang ampuh kerana kerahsiaan yang keterlaluan tukang-tukang tua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.