Friday, May 30, 2008

Menjejak kemuning berkualiti

Hari ini subuh-subuh " sapi'i " ( istilah Layang-Layang kiri ) saya sudah berada di kaki gunung tebu bersama dengan seorang sahabat. Tujuannya hanyalah satu iaitu menjejak kemuning emas atau mana-mana spesies kemuning yang berkualiti untuk stok kayu sampir.

Alhamdulillah nampaknya ada cahaya di hujung lorong, sampel kemuning bola yang ditunjukkan kepada saya nampaknya agak berkualiti. Walau bagaimanapun kami berdua akan berunding terlebih dahulu dengan tukang sarung sebelum berunding tentang urusan jual beli. Kalaulah ia boleh digunakan sepenuhnya untuk membuat sampir, saya anggarkan selama 3 tahun stok sampir berkualiti boleh bertahan. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.