Tukang-tukang besi juga turut bercuti sempena kemeriahan pilihanraya umum kali ini. Saya ingin mengajak saudara-saudara semua merenung sejenak tentang isu tukang dan keris. Peniaga-peniaga keris juga berehat seketika untuk melihat dan menentukan nasib agama, bangsa dan negaranya.
Apabila sebilah keris diperturunkan dari bapa kepada anaknya. Maka jagalah ia sebaik mungkin. Jangan dirosakkan sarungnya, jangan dibiarkan matanya luruh dek karat. Simpan dan belailah dia. Kerana keris tetap menikam dan menghiris tak kira tuan atau lawan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.