Thursday, March 27, 2008

Mengimpal dan mencanai

Mengimpal dan mencanai merupakan dua kerja rutin tukang-tukang besi yang kreatif. Kerja-kerja mengimpal memang rumit apatah lagi jika pelanggan yang banyak karenah inginkan pamor-pamor buatan yang agak susah. antara pamor yang susah ialah pamor lilit ubi, pamor zig zag, pamor cincang dan lain-lain lagi.

Tukang perlu menyusun besi dengan teliti untuk mewujudkan pamor-pamor buatan tadi. Ia tidaklah semudah mengadun tepung gandum. Apabila besi siap dikimpal sudah jelas kepada kita bentuk pamor yang dikehendaki walaupun kerja-kerja penempaan keris belum dilakukan.

Setelah kerja-kerja penempaan selesai (membuat bakalan), maka bermulalah satu lagi kerja seni iaitu mencanai bakalan yang akan merupakan kerja-kerja akhir seperti membuat cicak, memahat aring, belalai dan sebagainya. Kerja-kerja mencanai memerlukan kemahiran tinggi kerana di tangan merekalah terletaknya, khazanah warisan pusaka Melayu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.