Pada umumnya pamor besi miang hanyalah satu. Tetapi nama-nama miang biasanya mengikut warna pada miang tersebut. Jika putih berkilauan dinamakan pamor miang berlian, jika kekuningan dinamakan pamor miang emas dan jika pamornya putih pudar dinamakan pamor miang perak. Manakala jika halus dan kehitaman maka dinamakan pamor bulu rusa.
Dari sudut nilai estetika pada keris ialah menjadikan keris lebih cantik dan bernilai tinggi kerana biasanya hanya besi-besi tertentu sahaja yang mengeluarkan pamor jenis miang. Ada juga pendapat mengatakan jenis-jenis miang megandungi bisa yang berbeza-beza. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.