Apabila kita bersembang pasal golok. Kehebatan golok Melayu agak tenggelam sinarnya. Ini kerana spesies golok hampir menyamai beberapa senjata lain seperti sundang, pisau panjang, pedang, tumbuk lada, kelewang , parang lading dan sebagainya.
Sehubungan itu juga penggunaan golok sebagai alat bekerja menjadikan ia kurang glamour berbanding keris. Ini kerana golok banyak digunakan untuk kerja-kerja menebas, menakik dan menebang pokok-pokok kecil. Amat jarang golok dihias cantik kerana sifatnya lebih kepada alatan bekerja berbanding alat kebesaran seperti keris
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.