Hina, daif, fakir, lemah. Itulah ungkapan yang selayaknya bagi manusia. Dunia bisnes juga menjadi satu medan untuk kita menilai dan mengingati kembali sifat lemah yang ada pada diri. Walaupun kita telah cuba sedaya upaya untuk menjadikan ia sesuatu yang sempurna namun kehendak Allah s.w.t mengatasi segalanya.
Sehubungan itu saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan atas salah dan silap saya semasa berbisnes. Kesilapan-kesilapan itu memang tidak saya sengajakan.
Pada hari baik, bulan baik sempena Sambutan Aidil Adha saya mengucapkan selamat berkorban dan melapah lembu. Allahhuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Walillahilhamd.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.