Wednesday, December 12, 2007

Kenapa dinamakan Pandai Sarah

Setiap yang bersifat mesti bernama, itu adalah lumrah alam ini. Dalam posting sebelum ini saya mengajak sahabat untuk melontarkan pendapat mengenai nama " Pandai Sarah".

Perkataan " Pandai Sarah" terbahagi kepada 2 iaitu :

1. Pandai - Tukang besi, empu, pandai besi
2. Sarah - Nama tukang besi tersebut ialah Sarah

mengikut cerita ia adalah pandai besi yang terkenal di Patani pada zaman dahulu, rekabentuk keris-keris tukang besi yang bernama Sarah ini telah menjadi ikutan ramai tukang-tukang lain. walau bagaimanapun design yang telah dipelopori oleh Pandai Sarah tetap dinamakan Keris Pandai Sarah walaupun dibuat oleh tukang-tukang besi sama ada yang bernama Mamat, Dolah dan sebagainya.

Waalahualam

4 comments:

  1. Assalammu'alaikum Cikgu Nasir,

    Keris berdapaur "Pandai Sarah" saya tidak pernah dengar? Keris berdapur "Pandai Saras" saya kenal? Kemungkinan di sebabkan telo percakapan orang Kelantan membuat pangilan sebenar "Pandai Saras" kepada "Pandai Sarah" kot? *giggle~giggle*

    ~Tengkurizan~

    ReplyDelete
  2. Betul la tu, sebenarnya bahasa Melayu Patani hampir sama dgn Melayu Kelate

    ReplyDelete
  3. ada setengah orang sebut pandai saraf. ada yang sebut pandai sarah dan pandai saras. tukang yg berasal dari tanah jawa,berhijrah ke pattani.

    ReplyDelete
  4. Salam, adapaun apa sebutan merujuk kepada Keris yang sama...

    Pandai bermaksud tukang dan samada Saras (biasanya nama India [Sarasvatthy Rameloo]) atau Sarah (nama omputeh dan melayu [Sarah Raisuddin]) atau Saraf (urat saraf) sebenarnya lahir dari sebutan sahaja. There is no issue at all...

    Wallahualam bissawab...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.