Friday, November 09, 2007

Indahnya kebesaran tuhan

Pagi ku hari ini diserikan dengan kicauan 2 ekor burung murai cerang kesayanganku. Seperti biasa kedua-duanya menunggu suapan ulat dari tangan ku.

Rutin lain ialah membersihkan sarang, tambah makanan, tambah air dan juga spray air. Kedua-duanya amat galak. Berkicau tak henti-henti. Risau juga bimbangkan PERHILITAN. Hajat nak ambil lesen tapi pada masa kini semua lesn memelihara dan memburu burung liar dibekukan gara-gara penyakit selsema burung.

Terima kasih kepada Cikgu Adnan dan Saudara Azam kerana menjualkan burung-burung yang begitu berkualiti kepada saya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.