Dewasa ini ramai murid tasauf atau ahli hakikat (perasan) mempunyai kedudukan kewangan, pangkat dan luas pembacaanya berbanding guru-guru mereka. Sehubungan itu terdapat segelintir sahabat yang terlebih sudu daripada kuah ketika bersama guru.
Antara kelakuan/perbuatan yang tidak disenangi guru ialah apabila kita banyak menceritakan tentang kefahaman diri kita di dalam majlis dalam sesuatu topik/ilmu. Berilah peluang kepada guru untuk menjelaskan mengikut pandangannya tentang sesuatu isu/ilmu/topik.
Adab dan cara duduk semasa dalam majlis bersama guru juga boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada guru. Antaranya ialah duduk mencangkung, berbaring, melunjurkan kaki kearah guru serta lain-lain lagi.
Seboleh-bolehnya ciumlah tangan guru ataupun memeluk guru kita semasa mula-mula bertemu dan ketika hendak berpisah. Sentuhan badan akan lebih merapatkan lagi hubungan hati.
Selamat Berjalan Wahai Sahabat Semua. ( Jangan kecil hati teguran saya)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.