Monday, September 29, 2014
Berkawan-kawan
Susahnya mencari manusia yang boleh dibuat sahabat. Ramai yang cuma boleh dibuat kawan dan teman sahaja. Ada juga yang boleh di buat "saing".
Sunday, September 28, 2014
Nasihat
Teruja dengan pesanan seorang sahabat dalam dunia perkerisan. Antara lain katanya ialah tidak pernah termaktub secara tetap yang tak boleh dilanggar dalam hobi perkerisan. Tidak ada sesuautu yang semestinya begini dan begitu kerana ia adalah senjata yang ditempa oleh manusia dan bersifat baru. Batas yang perlu dijaga ialah syariaat dan tauhid, bukannya kreativiti dalam seni.
Saturday, September 27, 2014
Hobi anak jantan
Berkeris dan senjata tajam merupakan hobi anak jantan. Namun amat rugi jika hobi ini hanya selapis sahaja. Ramai yang mencari isi keris, tapi hakikat sebenar dalam hobi anak jantan ini ialah mencari rahsia diri. Pertemuan dan sembang bab keris jika hanya menelusuri soal kayu dan besi tak akan ke mana. Pandai-pandailah membawa diri dalam hobi anak jantan ini. Yang hidup pasti mati.
Usah terburu-buru
Jangan mudah membuat tanggapan dan penilaian. Tanpa ilmu dalam sesuatu bidang baik kita bertanya dahulu. Siapa kita nak bandingkan mereka yang membuat pengkhususan dalam sesuatu bidang.
Wednesday, September 24, 2014
Bukan sekadar kata-kata
Manis mulus kata-kata tidak akan bawa kita ke mana-mana. Ilmu hakikat bukan sekadar untuk berkata-kata bagi menunjukkan kita tahu tapi lebih jauh dari itu. Lebih baik diam dan menuntut dengan cara berlaga lutut dengan guru dari memakai topeng orang alim sedangkan kita umpama pinang muda yang tak boleh dimakan.
Terlebih cakap
Fenomena sahabat-sahabat yang dalam perjalanan mencari jalan pulang. Sebaik sahaja bertemu jalanNya mereka mulai kalut. Kaget, kagum dan akhirnya meracau-racau. Semua orang nak diberitahu bahawa mereka baru bertemu jalanNya. Semua jalan orang lain tidak lurus, tak cantik dan tak betul. Maka sibuklah mereka berkata-kata siang malam pagi petang di segenap warung, kedai kopi dan tempat awam. Alahai ....
Tuesday, September 23, 2014
Topeng
Alangkah kasihannya apabila orang awam bertopengkan ahli hakikat dan makrifat. Sedangkan ahli hakikat dan makrifat pula bertebaran dalam orang awam berjubahkan syariat.
Monday, September 22, 2014
Kaedah menuntut
Syarat :
1. Bawa lebih dari dua telinga
2. Mulut selalu kena off, bila perlu sahaja on
3. Bersungguh-sungguh
4. Menuntut untuk beramal bukan untuk berceramah
1. Bawa lebih dari dua telinga
2. Mulut selalu kena off, bila perlu sahaja on
3. Bersungguh-sungguh
4. Menuntut untuk beramal bukan untuk berceramah




