Monday, April 28, 2014
Mencari sesuap nasi
Sesuap nasi yang masuk ke mulut kita... ada keringat pesawah, ada keringat buruh-buruh yang bergaji rendah, ada banyak lagi tangan-tangan tindih menindih. Namun mulut kena jaga . Kerana inginkan sesuap nasi jangan kau fitnah sahabat-sahabat.
Wednesday, April 23, 2014
Sunday, April 13, 2014
usahlah dibawa berduka...
Wahai sahabat... usah berduka jika terlepas keris badik yang cantik dan langka. Usahlah bersedih jika terlepas tajong, coteng dan cenuk Langkasuka, usahlah gundah gulana melihat kerjatangan kawan-kawan yang halus menawan. Wahai hati.... jangan engkau lupa pada mati, wahai hati janganlah engkau lupa pada mati, wahai hati janganlah engkau lupa pada Allahurabbi dan kekasihNya junjungan Nabi.
Thursday, April 10, 2014
Nasi makan air minum....
Kalu kita jutawan berapa banyak mampu kita makan dalam sehari. Walaupun gaji dah ribu-ribu banyak itu juga yang kita makan. Sekadar untuk dapatkan seketul dua dalam mangkuk tandas esok pagi. Namun yang sedihnya apabila tidak apa yang boleh di makan oleh saudara sesama muslim kita..
Tuesday, April 08, 2014
Lok Rahsia RM850.00 ( SOLD )
Agak lewat
Agak terlewat dalam usia senja untuk kita baru nak bergerak aktif dalam hal-hal kebudayaan. Sama sekali tidak salah, dan tidak dinafikan ia adalah pilihan hidup masing-masing. Namun alangkah baiknya jika sedikit usia yang tersisa kita tumpukan pada perkara yang boleh menyempurnakan amal ibadat kita. Tak perlu kita bertungkus lumus meneropong pamor keris guna kata pembesar kot?