Hasrat untuk berubah sahaja tidak cukup tanpa usaha dan mula berjalan ke arah itu. Cakap sahaja untuk berubah juga tidak akan memungkinkan berlaku perubahan. sedangkan orang yang sudah berusaha dan mulakan gerakkerja pun masih belum pasti hasilnya sedangkan kita pula adalah pengilusi yang glamour.
Sunday, March 30, 2014
Saturday, March 29, 2014
Cukupkah?
Ramai yang berilusi apabila mula mengaji bab mengenal diri. Bagi mereka, seolah-olah mereka sudah sampai tahap tertinggi dalam agama. Bab mengenal diri adalah pada peringkat awal dalam agama, bukan apa-apa pun. Bila dah faham ilmu mengenal diri dan mengenal tuhan barulah kita mula melangkah masuk bab rukun Islam dan rukun Iman. Bukannya apabila mengaji ilmu mengenal diri kita terus tinggalkan syariat dan menganggap orang lain semua tidak betul. Mengajilah betul-betul.
Wednesday, March 26, 2014
Dunia tipu daya...
Kopiah dan songkok tidak dapat membantu kita dalam mencari manisnya ibadat. Justeru itu, tuntutlah dan carilah agar apa yang kita lakukan dalam takluk ilmu yang dituntut bukan ikut-ikutan dan bukan hanya satu khayalan.
Tuesday, March 25, 2014
Penyalang SOLD
Keris Wafak RM850 termasuk pos OFFER RM750.00 ( sold )
| Add caption |
| Add caption |
| Add caption |
| Add caption |
Panjang keseluruhan 18 inci
panjang bilah 13.2 inci
hulu/sampir kemuning
batang sarung sena
***************************************************
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
OFFER RM750.00
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
***************************************************
Lawi Ayam bilah antik RM280.00 ( SOLD ) adl
Saturday, March 22, 2014
Renung
Merenung ke dalam mencari erti hidup dan kehidupan lebih baik dari menjengah keluar mengeluh menangisi perjalanan diri.
Friday, March 21, 2014
Alang Lilit Ubi berpamor RM800.00 SOLD
Thursday, March 20, 2014
Melela berpamor RM900 (baru) SOLD.
Sunday, March 16, 2014
Sunday, March 09, 2014
Diam itu lebih baik
Banyak perkara yang kita tak berapa pasti. Usah pandai-pandai atau memandai-mandai. Diam, perhatikan dan kalau tak tahu bertanya pada yang lebih arif. Kadang-kadang apa yang kita bebelkan seolah-olah bermain dengan arang.
Saturday, March 08, 2014
Hitung-hitung
Sibuk ..wahai sahabat-sahabat. Kita sibuk menghitung kekayaan orang, kita juga sibuk menghitung- menghitung kegagalan orang, kita juga sibuk menghitung-hitung musibah dan nasib malang orang. Apakah semua itu mendatangkan manafaat dalam hubungan kita dengan Allah. Cukuplah kita menghitung-hitung dosa yang kita lakukan dan malulah pada Allah.
Tuesday, March 04, 2014
Hala tuju
Perjalanan ini seringkali kita pandang mudah. Kerana yang jadi hakim dan pengadil ialah diri sendiri. Kalau kita adil maka lahirlah keputusan yang saksama. Kalau kita menyeleweng maka menyelewenglah keputusan yang dibuat. Sesekali bermuzakarahlah agar terungkai kekusutan dalam pegangan.


