Monday, December 30, 2013
Meratapi takdir
Membinasaakan diri dengan meratapi takdir jangan sesekali dilakukan. Teruskan kerja buat kita. Tangan yang mencincang bahu jugalah yang memikul. Allah itu maha adil dan maha bijaksana mengurus dan mentadbir alam ini.
Jangan dipisah-pisahkan
Jangan dicerai nafi dan isbat.
Tasauf syariat bertaut erat
Badan dan nyawa sudah sepakat
Kepada Tuhan balik mengadap
Tasauf syariat bertaut erat
Badan dan nyawa sudah sepakat
Kepada Tuhan balik mengadap
Monday, December 23, 2013
Sunday, December 22, 2013
Saturday, December 21, 2013
Friday, December 20, 2013
Usia emas...
Dalam usia kita yang sudah senja masa amat suntuk. Sisa-sisa masa yang ada perlu dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Tidak perlu lagi kita berbincang dan berkumpul sampai larut malam sekadar membincangkan cicak dan belalai pada sebilah keris. Tidak perlu juga kita bertekak dan bertegang urat leher kerana usia dan pamor sebatang besi. Berpada-padalah dalam hobi kita. Kerana keris kita sanggup meninggalkan laman berhari-hari. Namun sanggupkah kita meninggalkan rumah berhari-hari untuk mendalami syahadah, wuduk dan solat yang masih ala kadar.