Sunday, September 29, 2013
Friday, September 27, 2013
Serahkan padaNya
Adakah kita tidak percaya bahawa rezeki itu dari Allah? Kalau percaya mengapa kita gundah gulana? Perilaku, cara kerja dan sikap kita seringkali tidak memrlihatkan keyakinan kita pada pengatur rezeki.
Sunday, September 15, 2013
Manisnya karya
Jika sampir mengambil bentuk sampan atauu kolek di alam Melayu, dari sudut falsafahnya pula ia dikiaskan pada perjalanan insan di dunia meredah dugaan dan cabaran. Bagi sampan dan kolek atau kapal cabarannya ialah ombak dan badai, bukannya bunga atau kayu-kayan. Dalam konteks ini kefahaman seseorang tukang dan peminat senjata amat perlu agar pendekar tidak terlalu menjadi 'Mat bunga'. Kita ambil contoh sampir kusriwa, ia jelas memperlihatkan bagaimana perjalanan sebuah bahtera merempuh ombak, bentuk bunga dalam motif ombak jelas pada bahagian dagu sampir dalam bentuk gulungan, percikan ombak juga jelas pada pipi sampir. Di sinilah jelas kepada kita kefahaman dan kemanatapan falsafah kehidupan yang ditetapkan pada karya. Alangkah manisnya.
Saturday, September 14, 2013
Ikut sahaja...
Pengalaman ambo dalam menuntut, jangan cakap perkara yang bukan-bukan dengan guru. Bila berjumpa guru tanyalah dan mintalah sesuatu untuk dijadikan pegangan. Usah dipedulikan hal orang lain, hatta sahabat kita sendiri. Jangan sesekali kita bercerita tentang guru lain, nanti dia akan sokong dan menggalakkan anda berguru dengan guru tersebut. Akhirnya eko jugo yang melopong.
Buah pinang dan tukang...
Bilah keris tidak akan sempurna tanpa hulu yang baik. Pembuatan hulu keris biasanya dari bahan yang berkualiti tinggi sesuai dengan statusnya. Namun seringkali kita dapati hulu tidak sesuai dengan bilah keris. Hulu keris yang baik ialah hulu yang selesa dipegang. Ia juga "menurut" lenggok dan lekuk di tapak tangan. Sedikit 'teleng' amat sesuai. Elemen penting ulu juga ialah lubang untuk puting keris. Sebaiknya bila dimasukkkan bilah keris ia sedikit menunduk, bukan mendonggak. Bilah keris yang mendonggak akan menjadikan keris kurang selesa dan kurang efektif bila dibawa bertarung. Sedikit ukiran jugabagus untuk ulu keris, ia akan menambahkan "kekejapan" semasa menggengam ulu.
Wednesday, September 11, 2013
Berapa banyak
- Berapa banyak masa yang kita gunakan untuk mengingati Tuhan di luar solat wajib. 5 jam, 4 jam, 3 jam, 2 jam, 1 jam, setengah jam, 20 minit, 15 minit, 10 minit, 5 minit, atau tiada minit. Kita lebih ingat blog, fb, suratkhabr, keris, cincin, jam mahal dan seumpamanya. Alangkah ruginya masa yang berlalu pergi begitu sia-sia.
Tuesday, September 10, 2013
Secubit cuma
Kita cuma sebutir Pasir halus di gurun yang Maha luas. Ada atau tiada, tidak member bekas. Namun sebagai pipit yang hanya mampu membawa sedikit air akan Ku gagahi jua untuk memadamkan api yang membakar Ibrahim.
Monday, September 09, 2013
Berguru...
Ketika usia sudah mencecah asar, bijaksanalah dalam memilih dan mencari guru. Satu soalan mudah untuk kita sama-sama jawab, ilmu apakah yang paling perlu dalam kesuntukan masa kita untuk beribadah pada Allah. Mengikut kata Nabil " lu fikir la sendiri"
Mengeluh
Tidak perlu mengeluh atau keluh kesahh atas takdir Allah. Semuanya Berjalan mengikut sunnatullah. Suka atau tidak ia akan tetap berlaku. Tidak puas hati... lagi susah hati. Redha, insyaallah hati tenang atas semua yang berlaku.
Friday, September 06, 2013
MN04- Keris Selit RM360.00
Lawi ayam RM180.00 SOLD
Thursday, September 05, 2013
Menuntut....
Kita sanggup berhabis wang ringgit dan kudrat untuk belajar silat secara berguru. Guru yang jauh jadi dekat kerana kesungguhan. Wang yang tiada sanggup diusahakan jadi ada. Tapi nak belajar taharah dan berwuduk secar berguru....tak pernah terfikir.
Monday, September 02, 2013
Rezeki dan cari makan
Kita hanya perlu buat kerja kita, cari makan dengan tulang empat kerat. Rezeki itu anugerah Allah pada hambanya.