Friday, August 30, 2013
Bila tetamu dah mula naik tocang
Mula-mula mereka cakap kuat-kuat, lepas tu mereka makan makanan kita, lepas tu depa marah kita punya hobi akhirnya mereka halau kita dari rumah kita.
Keris Selit Kod MN 01 : RM450.00
Wednesday, August 28, 2013
Kerislok 7 pamor separuh Kod KH01 : RM520.00 SOLD mka
Tuesday, August 27, 2013
Berpencak
Tujuh gunung satu puncak
Puncak tumbuh si anak cengal
Sampai bila hendak berpencak
Hendak berjalan sendi dah sengal
Sampai bila hendak berpencak
Hendak berjalan sendi dah sengal
Dalam gelangang biarkan si budak
Kita yang tua elokkkan perangai
Dalam gelanggang biarkan si budak
Kita yang tua elokkan perangai
Ilmu dunia cukuplah kehendak
Jalan kembali hendaklah beramal
Puncak tumbuh si anak cengal
Sampai bila hendak berpencak
Hendak berjalan sendi dah sengal
Sampai bila hendak berpencak
Hendak berjalan sendi dah sengal
Dalam gelangang biarkan si budak
Kita yang tua elokkkan perangai
Dalam gelanggang biarkan si budak
Kita yang tua elokkan perangai
Ilmu dunia cukuplah kehendak
Jalan kembali hendaklah beramal
Monday, August 26, 2013
Permainana dunia...
Kalau pisau mahukan tajamnya
Kalau keris mahukan pamornya
Kalau zamrud mahukan hijaunya
Kalau delima mahukan merahnya
Kalau nilam mahukan birunya
Kalau intan mahukan kilatnya
Kalu jam mahukan masanya
Kalau sahabat mahukan setianya
Kalau ilmu mahukan amalnya
Kalau hidup mahukan jasanya
Kalau mati .....jawablah sendiri
Kalau keris mahukan pamornya
Kalau zamrud mahukan hijaunya
Kalau delima mahukan merahnya
Kalau nilam mahukan birunya
Kalau intan mahukan kilatnya
Kalu jam mahukan masanya
Kalau sahabat mahukan setianya
Kalau ilmu mahukan amalnya
Kalau hidup mahukan jasanya
Kalau mati .....jawablah sendiri
Kalutnya mengejar.....
Apa yang kau kejar..? Nama..pangkat...harta. Tak cukup makankah engkau? Cukup. Kalau cukup, kenapa kalut-kalut sampai menipu. Hidup kita ini tidak lama, mungkin esok atau lusa kita akan mati, kembali mengadap Tuhan Rabbuljalil. Jadi, carilah jalan pulang, tunaikan hak Allah dan tunaikan tanggungjawab sesama manusia. Mati itu pasti.
Sunday, August 25, 2013
Tajong RM3000.00 ( sold ) mka
Saturday, August 24, 2013
Doa orang-orang yang teraniaya
Doa-doa orang teraniaya sentiasa dimakbulkan oleh Allah sama ada cepat atau lambat. Apabila kifarat Allah telah sampai maka ambillah iktibar dan pengajaran daripadanya. Semoga kita tahu dan sedar bahawa Allah itu Maha kuasa dan Maha Bijaksana dan Maha Pengampun. Namun kesalahan dan dosa pada manusia mestilah minta maaf pada manusia.
Friday, August 23, 2013
Monday, August 19, 2013
Seni Tempur Kapak

Setiap senjata ada seni permainannya yang tersendiri. Kesesuaian tapak dengan jenis senjata juga mempunyai kaitan yang rapat. Biasanya jika senjata itu panjang, jarang menggunakan permainan atau tapak yang terlalu rendah.
Dalam permainan Silat Gayong cara memegenag kapak ialah berhampiran dengan mata kapak, bukannya pada bahagian hujunh hulu kapak. Logiknya cara pegangan yang sebegini lebih selamat semasa membuat serangan, terutamanya untuk mengelak kapak dari mencederakandiri sendiri.
Dalam Gayong juga ada pentas kapak lawan tangan kosong. Permainannya berjengket-jengket menggunakan spring pada perut jari kaki. Kapak sering bertukar tangan kerana ada adegan rampas merampas kapak dari tangan penyerang.
* Terima kasih pada guru-guru tua gayong yang sudi menurunkan ilmu permainan kapak pada anak-anak gayong Bachok . ( Tq Pak Ngah Izahar)
Allah itu Maha Adil
Kuasa dan kekuasaan, Harta dan kekayaan, kawan-kawan dan rakan taulan, semuanya tidak dapat membeli kebahagian. Jika kita kuat jangan buli yang lemah. Jika kita ramai jangan buli yang bersendirian, jika kita kaya jangan buli yang papa. Apabila sudah sampai hukum dan ketentuan kau akan menangis mengingati buruk perangai masa silam.
Adab-adab berurusan....
Seringkali kita seronok bila dapat mengadap tukang besi\pandai besi. Bila dah Teruja kita lupa pula untuk bayar duit arang\duit letrik. Kadang-kadang minta repair sana sikit, minta repair sini sikit. Apa salahnya kalau buat-buat bertanya atau buat olok-olok untuk bayar sedikit. Janganlah bila hajat dah sampai blah macam tu jer. Tambahan pula yang main keris ni semua orang poket penuh, tukang pula kais pagi makan petang. Kais petang makan malam.
Sunday, August 18, 2013
Indahnya urusan Allah
Tuhan mengatur sesuatu dengan sempurna. Jika redha dan berserah padanya tiada lagi konflik dalam diri. Apa yang kita lihat dan fikir ialah keindahan Maha Pencipta yang mengatur dan mengurus hidup hambanya dengan begitu teratur hinggakan hambanya tertunduk malu untuk mengangkat kepala dan mengeraskan suara. Allah Allah Allah.
Friday, August 16, 2013
Salah pilih
Kadang kala pemikiran kita disirnakan oleh hobi. Ilmu yang dicari ditukar pula dengan besi, batu dan kayu. Utamakan yang utama dan lihat kembali bagaimana cara kita menuntut. Silap cara tak ke mana, berputar-putar sekitar besi, kayu dan batu.
Badik Sepat RM280 termasuk pos dalam Semenanjung
Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 4.5 inci
hulu/sampir kemuning kuning
buntut kemuning hitam
temim tanduk rusa
Tuesday, August 13, 2013
Rezeki Segantang
Bersyukurlah kepada Allah atas rezekinya kepada kita. Air mengalir di sungai jangan disekat. Sama- samalah memanafaatkan bukan memusnahkan. Nilai keikhlasan itu lebih manis dari sebutir intan.
Sudut pandang sebilah keris
Sudut mistik - biasanya peminat\penjual mendakwa keris mereka dari alam sebelah (alam buunian\ghaib). Keris juga dinilai dari sudut power atau tenaga yang ada padanya. Ada juga keris yang dinilai dari sudut khadam yang menjaganya. Wallahualam. Walau apapun, berhati-hatilah dalam apa jua uruusan agar ia selari dengan aqidah ISLAM Yang kita anuti.
Makluman
Kepada sahabat-sahabat yang sudah membuat bayaran pembelian produk saya, insyaallah proses pengeposan akan dibuat pada 15 hb kerana saya berada di luar kawasan. Harap maklum dan maaf dipinta kerana kelewatan.
Thursday, August 08, 2013
Friday, August 02, 2013
Guru samah seria
Tidak semua cikgu adalah guru dan tidak semua guru adalah cikgu. Guru sebenar guru bukan boleh dibuat-buat dan tak menjadi ia kerana minat dan cita-cita. Kecik jangan disangka anak, besar belum tentu bapa.