Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 7 inci
Saturday, April 27, 2013
Friday, April 26, 2013
Tuesday, April 23, 2013
Ada cara....
Dalam ilmu ada disiplinnya. Dalam ilmu ada kaedahnya. Faham itu anugerah Allah. Jalan biasa ialah belajar dan berguru. Semoga Allah memudahkan kita dalam urusan agamanya.
Sunday, April 21, 2013
Bila sampai masa....
Bila sampai masanya kembalilah kita kepada asalnya. Asal tanah pulang ke tanah. Kekasih-kekasih Allah pula kekal jasadnya. Malu bumi nak memamahnya.
Wednesday, April 17, 2013
Membilang...
Tuhan itu tidak berbilang-bilang. Yang dibilang-bilang ialah sifat-sifat kesempurnaan miliknya. Tiada biji tasbih mampu mendekatkan diri hamba pada Tuhannya.
Rindu nak menulis....
Lama tak menulis dalam blog sendiri. Bukan tak nak menulis tapi tak ada idea. Masa kekeringan idea saya habiskan waktu dengan bertukang dan melarik tasbih. Namun syukur pada Allah yang memberikan kesihatan pada jasad ini dan rezeki pada penghidupan ini. Namun pesanan saya pada diri sendiri dan pengunjung blog ini, sentiasa berfikir dengan akal yang waras, jauhkan hasad dan dengki, jagalah kelakuan kita sesama manusia. Ilmu yang paling bermanafaat ialah imu yang dapat membimbing kita untuk mencari jalan kembali. Semoga jiwa kita sentiasa tenang dan turun naik nafas kita sentiasa mengingati Tuhan. Allah, Allah, Allah.
Tuesday, April 09, 2013
Menelan lidah sendiri....
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kadang-kadang kerana sentimen kita butakan mata dan pekakkan telinga terhadap kebenaran. Perkhabaran kita jadikan pegangan dan mati-matian mempertahankannya. Akhirnya kita terpaksa menelan lidah sendiri kerana fakta salah yang kita julang sampai tahap sanggup berlengan.
Wednesday, April 03, 2013
Berpada-padalah....
Jangan terikut-ikut dengan gelagat segeintir manusia yang melampau batas. Kita nak undi siapa, itu hak kita. Timbang, halusi dan buatlah keputusan yang bijak. Jangan terpengaruh dengan propaganda atau kempen. Jangan sampai menang jadi arang, kalah jadi abu.