Berapa kali dalam sehari kita ingat bahawa kita ini "hidup". Berapa kali dalam sehari kita berhenti seketika untuk menikmati "hidup" kita. Kita berasa nikmat apabila menyedut asap rokok tapi kita tidak pernah bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menikmati "hidup".
Tuesday, February 26, 2013
Bertambah dan berkurang
Ilmu besi, batu dan kayu semakin bertambah. sudah kenal segala jenis keris, sudah kenal segala pomor, sudah kenal setiap urat kayu, sudah kenal semua air tangan tukang. Nampaknya ilmu "abang" semakin bertambah. Tapi bolehkah pengetahuan kita mendekatkan diri kita pada Tuhan. Risau juga kalau-kalau dalam keghairahan kita "memburu" , hati kita tertutup oleh batu, kayu dan besi.
Sunday, February 24, 2013
Masa yang berputar....
Semasa budak tak pernah ku fikirkan sakit pening, letih dan jemu. Apa yang ku tahu apa yang aku hendak mesti dapat, mengulang rumah guru tak kira waktu. Menghabiskan beras di rumah guru memang kerja aku. Tidur rehat guru selalu ku ganggu demi mengorek ilmu. Namun semua itu sudah berlalu. Memori indah masa lalu pengubat rindu dalam meneruskan perjalanan mengadap Pemilik
Segala Ilmu.
Segala Ilmu.
Buat kerja kita.....
Teruskan dengan kerja kita. Banyak lagi kerja yang tak terbuat. Usah la kita "kerja" menyibuk dengan kerja orang lain. Masing-masing ada tugas. Baiki diri sendiri dulu, menuntutlah jalan untuk kembali walaupun ia menuntut banyak pengorbanan. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita.
Saturday, February 23, 2013
Keris bugisl Antik RM1550.00 SOLD
Keris Gelanggang berpamor RM370.00 termasuk pos dlm semenanjung ( SOLD)
Keris selit berpamor RM550.00 ( SOLD )
Saturday, February 16, 2013
Lihat sahaja....
Tak terdaya ambo nak kata apa. Tak akan terkejar oleh manusia jika yang dikejar adalah kehebatan dan "power" yang ada pada kayu, batu dan besi. Bereskan dulu bab taharah, bereskan bersuci kencing berak kita. Itu lebih afdal daripada kita berhabis duit mengaji kehebatan kayu tanpa mengkaji kehebatan ciptaan Allah yang bernama manusia.
Friday, February 15, 2013
Kedekut...
Kedekut untuk diri sendiri adalah paling sadis. Kita sibuk untuk bacakan alfatihah, yasin dan sebagainya untuk orang lain. Tapi bila nak bersedekah atau menderma kita pilih duit yang paling kecik untuk untuk di dimasukkan dalam tabung. Ingat sedekah tu untuk siapa? Sebenarnya kita menabung untuk tabung akhirat kita, bukannya tabung masjid atau tabung anak yatim. Bayangkan untuk diri sendiri pun kita berkira, kalau untuk orang lain, nampak beriya-iya benar untuk membantu kalau untuk diri sendiri "kedekut".
Thursday, February 14, 2013
Badik pamor bulu rusa RM300 ( SOLD)
Keris Gelanggang berpamor RM370.00 termasuk pos ( SOLD)
Wednesday, February 13, 2013
Pesan dia pada aku
Semua ini hanya mainan. Kayu, batu, besi hanya mainan. Hanya mainan penyeri kehidupan. Kadang-kadang kau dapat main sorok-sorok dengannya, kadang-kadang kau dapat seronok-seronok dengannya. Jangan kau angkat dan letak di atas atau dalam kepala, nanti ia akan jadi beban. Jangan sesekali kau mengambil batu, besi atau kayu sebagai barang sembahan. Jangan sesekali batu , kayu besi mengambil tempat Tuhan di hati mu.
Besi itu.....alahai
Bila bermain keris....ada yang mencari tarikh untuk mendapatkan nilai sejarah, antik. Semakin tua dan lama maka semakin tinggi nilainya. Ada juga yang mengintai khadam di dalamnya untuk mendapatkan mistik, ada orang tua, ada panglima, ada yang jubah putih dan ada jubah hitam. Semakin hebat khadam maka lebih senang menjualnya. Ada jua yang menjual cerita, tukang raja, tukang istana, tukang bohong dan segalanya. Namun sering saya tanyakan apa yang sebenarnya kita cari?
Jangan keliru
Ingatan kepada sahabat-sahabat agar faham dengan jelas halatuju hidup kita. Dalam keghairahan kita melayan hobi jangan sesekali kita tergelincir. Tergelincir simen yang basah cuma boleh memecahkan kepala, tapi tergelincir aqidah dan pegangan boleh membawa ke neraka. Begitu juga dengan keutamaan, cuba kita renungkan dalam-dalam, di manakah Tuhan dalam hobi kita?
Alhamdulillah..
Setelah beberapa hari tidak aktif berblog saya kini kembali. Sebenarnya saya keluar makan angin bersama keluarga ke Johor Bharu, Singapura dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah semua selamat dan menyeronokkan. Terima kasih semua.
Thursday, February 07, 2013
Bila sampai masanya...
Bila sampai masanya, ia tak dapat disekat-sekat. Begitulahkehendak Tuhan. Usah risau dan usah kelam kabut. Kalau bukan hak kita, segigih manapun kita mencarinya tak mungkin kau dapat. Namun usaha dan ikhtiar jangan kau buang.
Tuesday, February 05, 2013
Kisah Budok Awe
Pening nanar sorang sorang
Pagi petang siang malam
Ikut orang kata dia turut belako
Kesian budok awe
tak tahu mano nak pegang
hulu hilir semua kelam
mana lagi nak tuju
laut darat semua kata tak tahu
Sobar budak awe
Tarik nafas dalam-dalam
renung ke dalam biar jiloh
ook senafas terok sampai rapat
cari sampai dapat
carilah budok awe...........
Pening nanar sorang sorang
Pagi petang siang malam
Ikut orang kata dia turut belako
Kesian budok awe
tak tahu mano nak pegang
hulu hilir semua kelam
mana lagi nak tuju
laut darat semua kata tak tahu
Sobar budak awe
Tarik nafas dalam-dalam
renung ke dalam biar jiloh
ook senafas terok sampai rapat
cari sampai dapat
carilah budok awe...........