Monday, January 28, 2013
Pengumuman
Diharap sahabat yang telah membuat bayaran pembelian lawi ayam dapat hubungi . Maaf ada masalah handphone, Alamat dalam mesej tak dapat dikesan.
Ingatan
Syariat jaga 5 waktu
Tariqat jaga zikirmu
Hakikat jaga nafasmu
Makrifat jaga rahsiamu
namun jangan kau pisah-pisahkan orang yang empat. Jika kau tinggalkan syariat kau dituduh sesat, kau tinggalkan zikir kau lalai, andai kau lupa nafas hatimu mati, jika kau bozorkan rahsia kau celaka.
Tariqat jaga zikirmu
Hakikat jaga nafasmu
Makrifat jaga rahsiamu
namun jangan kau pisah-pisahkan orang yang empat. Jika kau tinggalkan syariat kau dituduh sesat, kau tinggalkan zikir kau lalai, andai kau lupa nafas hatimu mati, jika kau bozorkan rahsia kau celaka.
Jangan begitu....
Dunia siber seakan-akan dunia sebenar. Jangan sesekali kita mengambil hasil karya orang lain tanpa izin atau tanpa memberikan kredit pada pemiliknya. Artikel, foto dan penulisan orang walaupun untuk mendidik perlu keizinan pemilik, kalau kita ke rumah orang untuk solat minta izin dulu. Walau diolah, diedit, dikerat dan dicincang pemilik asal masih boleh mengenali karya miliknya. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sudi menelefon atau sms untuk guna foto dan artikel. Setakat ini tak pernah lagi tidak diizinkan. Belajarlah menghormati hak orang lain. Orang tidak menilai cakap, gaya dan lagak kita, tapi orang menilai perangai dan perbuatan kita. Selamat menyambut tahun baru china.
Sunday, January 27, 2013
Rencong RM300 ( SOLD)
Panjang keseluruhan 15 inci
Panjang bilah 11 inci
Hulu / sampir kemuning
Batang sarung petai belalang
Istiqamah
Ramai sahabat mempunyai impian yang besar dalam kehidupan. Namun kebanyakan impian kita adalah impian palsu yang tidak memungkin kita bertemu dengan jalan pulang dan jalan kematian. Terlalu ghairah mengejar sesuatu hobi kadangkala menjadikan kita alpa tentang keperluan untuk merintis jaan pulang mengadap qadi Rabbuljalil.
Saturday, January 26, 2013
Saras Selit antik RM500.00 ( SOLD ) SAL.
Wednesday, January 23, 2013
Monday, January 21, 2013
Teknik mengajar...
Dalam pengajaran silat hari ini terdapat dua kaedah yang umum. Pertama ialah kaedah berbansal, manakala kaedah yang kedua ialah kaedah kawad. Kaedah pertama sesuai jika pelatih tidak ramai kerana peluang untuk berlatih lebih realistik dan tertumpu pada kaedah sebenar tempur dengan bimbingan "juru kaka". Kaedah ini banyak dipraktikkan oeh silat tari dan tomoi serta silat-silat kampung. Manakaa kaedah kedua pula biasanya dipraktikkan jika bilangan pesilat ramai, ia lebih kepada gerakan beramai-ramai yang telah ditetapkan. Sesuatu pergerakan pula diajar dalam bentuk bilangan. Namun jangan keliru, waaupun kita belajar dalam bangsal belum tentu kaedahnya ialah kaedah berbangsal.
Sunday, January 20, 2013
Jadilah diri sendiri....
Usah terikut-ikut dengan "style" orang. Apa yang kita belajar dan apa yang kita yakin itulah gaya kita. Kadang-kadang fikiran kita bercelaru, sekejap tebal sekejap nipis. Namun itulah pentingnya untuk kita ada pembimbing bagi pencerahan atas setiap kejadian.
Saturday, January 19, 2013
Pengumuman..
Blog Cikgu Nasir akan membuat jualan beberpa produk terpilih mulai malam esok dengan harga menarik. Harap maklum.
Friday, January 18, 2013
Lihat sahaja...
Seringkali kita akan menjadi "piranhna" dalam sesuatu isu. Bila seekor mula menyerang, yang lain ikut menyerang. Dalam keghairahan menyerang kita terlupa siapa kita. Cubalah semak-semak martabat nafsu kita pada masa itu, tahap amarah, lawamah atau mutmainnah.
Wednesday, January 16, 2013
Ikut sahaja...
Lihat dan renungkan dalam-dalam, nescaya di situ ada cahaya Kebesaran Maha Pencipta. Walaupun terasa pahit namun jika sabar dan tabah nescaya manis jua akhirnya.
Monday, January 14, 2013
Saturday, January 12, 2013
Wednesday, January 09, 2013
Tuesday, January 08, 2013
Rezeki...
Cukuplah apa yang diberikan oleh Allah s.w.t pada kita. Nikmat makan minum, ketenangan dan kesihatan serta nikmat iman tidak ternilai harganya. Bersyukurlah, jangan dirosakkan dengan karenah keanak-anakan yang akan memalukan diri sendiri.
Monday, January 07, 2013
Bergelut untuk memahat nama
Ramai yang berusaha keras untuk mendapat pengiktirafan serta memahat nama dengan pelbagai anugerah. Waau apapun gelaran, tujuan tidak pernah menghalalkan cara. Berbaktilah dengan ikhlas kerana semuanya akan datang sendiri bila tiba masanya.