Hidup ini amat singkat. Walau apapun dan siapa kita, tujuan adalah sama... mati dan kembali ke alam akhirat. Hidup ini tempat untuk kita diuji sama ada emas tembaga atau kayu buruk yang reput begitu sahaja. Manusia yang bijak ialah manusia yang berikhtiar untuk mencari jalan matinya.
Friday, November 30, 2012
Hanya satu
Tidak dua dan tidak tiga. Tidak ada yang berkongsi kuasa denganNya. Tidak ada sekutu bagiNya. Hanya Satu .
Wednesday, November 28, 2012
Mencari keanehan
Manusia suka mencari sesuatu yang aneh, pelik dan kalau boleh "berkuasa". Kuasa itu pula boleh menjadikan pemiliknya nampak hebat, digeruni, dikasihi dan di.... pelbagai lagi kebaikannya. Namun manusia kadang kala sering lupa untuk mencari kehebatan Allah s.w.t di dalam dirinya.
Sunday, November 25, 2012
Monday, November 19, 2012
Melayu ku
Daripada berseorangan kita berpersatuan, daripada bersendirian kita berkawan-kawanan. Daripada berpersatuan dan berkawanan kita bercakar-cakaran, akhirnya kita menjadi musuh seiring jalan.
Cerita... Keris
Banyak cerita direka-reka untuk menjual produk. Mula-mula bercerita tentang sejarah, asal usul, pemilik dari golongan bangsawan, tukang-tukang tersohor, pernah digunakan untuk menikam bla bla bla bla. Kemudian bab isi.. khadam itu khadam ini, ada khadam putih ada khadam hitam, ada orang tua ada orang muda, ada penjaga rumah, ada penjaga kedai ada penjaga ladang.. yang hairannya semua cerita itu dari mulut Islam, di mana tuhan ?. Kemudian ketandaan pula... murah rezeki, pendinding, penunduk, penggerun,melariskan perniagaan bla bla bla bla .... di mana Tuhan?. Kepada sahabat... bolehkah kita jamin sejarah itu betul, bolehkah kita jamin keris itu dapat memurahkan rezeki sepembeli. Bla bla bla .... blawok.
Memburu...
Keris pada masa ini menjadi buruan peminat-peminat barang antik. Nilainya diukur dari sudut usia, cerita dan juga "rare". Dalam masa yang sama keris menjadi satu komoditi dagangan yang menguntungkan. Bila disebut berniaga maka tidak hairanlah kita akan bertemu dengan pelbagai karenah ahli-ahli perniagaan. Hakikatnya janganlah maruah diri pun ikut kita jual bersam-sama komoditi dagangan kita. Selamat berurusniaga.
Semua salah....
Janganlah kita memandang keburukan orang semata-mata. Sesekali lihatlah keburukan sendiri. Ghairah kerana "power" jangan sampaikan memusnahkan bangsa dan negara.
Ambil iktibar
Ketika Palestin dibedil bertubi-tubi, kita masih juga tidak bersatu. Sebaliknnya perebutan kuasa menjadi agenda utama. Jangan bagi ruang pada orang lain berada diantara kita.
Monday, November 12, 2012
Hebat...
Manusia semuanya hebat, tapi dari sudut pandang yang bebeza-beza. Jangan kita suka memandang oang lain dengan sebelah mata dan mengganggap orang lain tak hebat. Sebenarnya tak ada orang pun yang sudi memandang kita kerana "perasan kita hebat". Kadangkala badan besar hati kecik, kadangkala cakap besar macam nak rak, tebukti bila dicabar cari pintu tandas .. terberak. Jadilah orang luar biasa yang biasa-biasa, berbudi bahasa dan mudah "baso".
Sunday, November 11, 2012
Saturday, November 10, 2012
Ikut sahaja...
Tarik nafas panjang-panjang. Hembus perlahan-lahan. Lihat dan perhatikan sekeiling kita, betapa banyaknya rahmat yang diberikan kepada kita hingga melimpah ruah. Apa yan hendak dirisaukan, semua sudah ditetapkan, redha sahaja.
Friday, November 09, 2012
Seronok bertukang ( SOLD)
Melepaskan gian bertukang, lawi ayam hulu tanduk rusa belum ada pemilik. Manakala lawi ayam hulu tanduk kerbau bercincinn adalah tempahan khas.
Perlahankan kenderaan anda....
Jangan pandu terlalu laju, perhatikan juga papan tanda JKR di tepi jalan. Ada tanda amaran, ada tanda nama tempat dan ada juga tanda had laju. Yang paling penting jangan masuk " no entry". Kalau sombong bertanya nanti sesat jalan. Dalam ilmu tauhid tak boleh pakai "Garmin" atau "Papago".
Thursday, November 08, 2012
Badik berpamor RM240.00 (SOLD)
Industri.. oh industri....
Industri pembuatan senjata Melayu penuh warna warni. Namun masa depannya amat kritikal. Tukang-tukang muda sebagai pelapis amat berkurangan. Kesedaran untuk memajukan industri membuat senjata tempatan juga amat menyedihkan. Produk asli Melayu Kelantan di bawa ke seberang untuk sampel bagi pengeluaran besar-besaran dan dijual dengan harga yang murah. Dikhuatiri suatu masa nanti keris Melayu hanya tinggal nama, semuanya diimport dari seberang. Renung-renungkan wahai Melayu.
Wednesday, November 07, 2012
Keterlaluan...
Bulan gerhana, awal bulan, akhir bulan, angka, bilangan dan sebagainya menjadikan manusia kalut dalam membuat senjata Melayu. Berpada-padalah, utamakan aqidah kita. Keris terbaik ialah keris 17 lok diitempa sehari semalam, bajanya tanah, ulunya syahadah, sarungnya syariat. Selamatkah kita di tangan tukang karut itu ?
Monday, November 05, 2012
Buih-buih ......
Seringkali kita ghairah dalam beramal kebajikan . Namun kita terlupa untuk membina asas aqidah yang kukuh. Kita bersembang tentang wali-wali Allah, kita bercerita tentang amalan-amalan sakti, namun kita tidak pula belajar dengan teliti syarat-syarat sempurna syahadah, perkara-perkara yang membinasakan syahadah dan rukun-rukun syahadah. Belajarlah bab solat dan wuduk secara berguru, semoga amalan-amalan kita diterima oleh Allah.
Berhati-hati dengan karya
Seringkali kita terikut-ikut tanpa ada kefahaman dalam berkarya. Kepada sahabat-sahabat fahami dan kenali motif ukiran yang ingin kita hasilkan atau kumpulkan sebagai koleksi. Cubalah bezakan mana yang sesuai sebagai seorang muslim dan mana yang sesuai dengan anutan-anutan lain. Dalam keghairahan kita mengumpul artifak budaya kadang kala kita ikut mengumpul sekali patung dan arca-arca keagamaan agama lain. Selamat meneropong ke dalam diri wahai sahabat semua. Cuaca semakin sejuk.