Saturday, June 30, 2012
Jangan terikut-ikut
Kekalkan rentak sendiri. Jangan sampai bila lihat orang berlari laju kita pun ikut nak berlari laju, bukankah kita dah tahu stamina kita takat mana. Nanti rebah di tengah jalan... tak sempat sampai ke garisan penamat. Berlarilah dengan selesa mengikut kemampuan.
Rezeki
Usah risau dan usah bimbang. Masing-masing ada bahagiannya. Rajin usaha, jujur dan bertawakkal kepada Allah pasti hasilnya baik. Biarlah gerak kerja kita dalam lingkungan redhaNya.
Thursday, June 28, 2012
Rapuh...
Pendekar-pendekar Melayu yang dadanya tidak diisi dengan takwa dan ketaatan pada Allah ibarat kayu reput. Mampukah kita berpencak dalam kubur, mampukah kita menahan panas neraka dengan ilmu perang yang kita pelajari.
Masa itu umur
Semakin tua rasanya semakin terlebih pula sibuknya. Urus itu, urus ini. Yang tak terurus ialah hati kita dengan Allah. Lupa.., lupa.. lupa. Sibuk mengurus dunia lupa pula akan penyudah perjalanan.
Wednesday, June 27, 2012
Melela Lok 3 RM1450.00 ( SOLD)
Tuesday, June 26, 2012
Monday, June 25, 2012
Sunday, June 24, 2012
Saturday, June 23, 2012
Friday, June 22, 2012
Thursday, June 21, 2012
Kuku Rimau RM170.00 OFFER RM110.00 ( SOLD)
Hulu tnduk rusa,sampir tanduk kerbau,sarung kayu serian, penyangga tembaga.
OFFER RM110.00
*************************************************************************
Tuesday, June 19, 2012
Mohon Maaf
Maaf pada sahabat-sahabat kerana pedang tak sempat nak keluar malam ini. InsyaAllah malam esok atau lusa.
Monday, June 18, 2012
Ikhlas
Bila kita beramal , tiba-tiba ada lintasan yang menggugat keikhlasan kita. Sebenarnya ia terjadi kerana ada tarikan ke arah itu dalam diri kita. Tarikan itu ialah nafsu amarah kita. Tak perlu kita merejam yang di luar, rejamlah hati di dalam dengan zikir.
Mencari sisa-sisa kehebatan orang terdahulu
Mengapa mereka hebat? Apakah kerana kudrat atau kerana "bual/sembang" mereka. Mereka hebat kerana tauhid mereka pada Allah.
Sunday, June 17, 2012
Saturday, June 16, 2012
Keris Penyalang RM900 ( ON HOLD ) AD
Saras Selit RM650.00 SOLD
Keris Gelanggang RM380.00 termasuk pos dalam Semenanjung ( SOLD) nik
Pendek Akal
Kadang-kadang kita jadi pendek akal bila terdesak. Apa yang kita pelajari dan anuti hilang entah ke mana. Helah-helah bodoh kita gunakan untuk melepaskan diri hingga hilang jati diri dan ketinggian budi. Lantaran itu jujurlah pada diri sendiri dan berpegang teguhlah pada ilmu kita yang sohih. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Mengamalkan ilmu bukan diatas sejadah tetapi dalam urusan kehidupan seharian di dunia ini.
(17) Saras Kuku Bima RM1350.00 ( SOLD )
(no.7) Saras lok 3 berpamor RM1450.00 SOLD
(10) Melela berpamor baru RM1500
Friday, June 15, 2012
Operasi tukar sarung, hulu,dan penyangga pedang milik sahabat
Tutup Kedai sementara.
Saya akan menghentikan buat sementara waktu urusan jual beli dan penempahan senjata serta barangan lain bermula 15/5/2012 hingga 15/6/2012. Jika ada rezeki dan panjang umur urusan jualbeli dan lain-lain urusan akan disambung selepas dari tarikh ini. Terima kasih semua
Thursday, June 14, 2012
Allah Maha Kuasa
Tidak ada daya dan upaya makhluk untuk menghalang qada dan qadar Allah. Tiada kayu, batu dan besi hikmat yang mampu mengubahnya. Semuanya berjalan mengikut ketetapan Allah s.w.t. Niat, perkataan, perbuatan haruslah berlandaskan aqidah yang sohih dan benar. Allahuakbar Walillahilhamd.
Tuesday, June 12, 2012
Pakar
Ramai yang pakar dalam bidang masing-masing. Tapi kepakaran yang paling afdal ialah pakar dalam ilmu ketuhanan dan mengenal diri.
Alat
Jadikan hobi dan minat kita sebagai satu alat untuk mendekatkan diri pada tuhan. Bila bertemu dengan ahlinya bersembanglah tentang minat dan hobi kita, tapi biarlah cuma 5 atau 10 minit sahaja, agenda seterusnya bersembang soal mati, jalan pulang dan hakikat kejadian insan.
Akhir perjalanan...
Orang yang alim dalam ilmu menjinak ular ramai yang mati kerana dipatuk ular. Orang yang pakar dalam perlumbaan motosikal mati kerana kemalangan jalanraya.
Sunday, June 10, 2012
Singkatnya usia....
Singkatnya usia kita. Jika dihitung-hitung rasanya tak berani nak diucapkan lagi. Ilmu agama kurang, amal ibadat juga tak seberapa... itu belum dikira lagi sempurna ataupun tidak. Yang kita besar-besarkan ialah hobi dan hal-hal dunia. Tolak campur kali bahagi, masa untuk berinternet lebih banyak daripada masa untuk Tuhan!
Alhamdulillah...
Syukur pada Allah. Segalanya selamat. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang menghubungi saya walaupun kedai siber saya di tutup sementara waktu. Saya masih lagi dalam mood rehat. InsyaAllah kedai CIKGU NASIR akan dibuka seperti biasa mengikut perancangan iaitu pada 15 jun 2012. Maaf dipinta pada sahabat-sahabat kerana tidak memaklumkan saat pemergian dan saat kembali.
