Saturday, April 28, 2012
Thursday, April 26, 2012
Pergaulan...
Silat untuk menpertahankan diri dan mendidik akhlak. Sayangnya jika kita tidak ambik peduli tentang pergaulan bebas pesilat lelaki dan perempuan ia bakal menjadikan silat tempat bercengkerama dan gurau senda.
Silat dan haiwan
Manusia meniru pergerakan haiwan kemudian dipraktikkan dalam beladiri dan silat. Namun jangan sesekali kita ingin menjadi haiwan. Manusia itu sebaik-baiik kejadian.
Monday, April 23, 2012
Syukur
Limpah rahmat Allah pada hambanya tidak ternilai, Alhamdulillah. Terfikir kadangkala kerja kita tak setimpal dengan ganjaran gaji yang kita terima. Mulut kita pula banyak bersungut, itu ini, semua tak puas hati. Peristiwa lalu kita jadikan panduan dan iktibar, cuba lihat lapis kedua agar hati dan perasaan kita lebih tenang kerana di situ kita akan faham siapa yang merencana segalanya.
Minggu-minggu sibuk
Pertandingan Seni silat sekolah-Sekolah Peringkt Negeri Kelantan pada 24 hingga 26 April di SMV Tanah Merah. Hujung minggu ini pula saya kursus untuk subjek tingkatan enam pada 27-28 April di PCB Resort.
Nak bawa apa...
Apa yang akan kita bawa bila nak balik nanti. Tentunya ilmu yang benar dan amalan yang soleh. Soal pula, ilmu apa dan amalan apa. Jawablah sendiri.
Sunday, April 22, 2012
Saturday, April 21, 2012
Bertuahnya
Alangkah bertuahnya sahabat-sahabat yang mendedikasikan usia mereka dengan masjid dan aktiviti keagamaan. Waktu luang mereka habiskan dengan belajar ilmu-ilmu agama seperti mengaji Al Quran, mengikuti kelas kelas tauhid, menadah kitab dan mendengar ceramah agama. Dalam kesibukan mereka masih lagi sempat menabur bakti mendidik anak-anak muda dalam bidang-bidang yang meraka pakar. Kehidupan mereka pula sentiasa pesan memesan kepada teman dan sahabat agar sentiasa berada di jalan yang benar. Alahai cemburunya hati ini.
Bebas...
Bebaskan diri dari kepercayaan karut, tahyul dan syirik pada Allah. Syaitan dan iblis akan cuba mengambil kesempatan untuk menyesatkan kita dalam apa jua cara. Sandarkan segala sesuatu pada Allah bukan pada batu, kayu dan besi.
Teori kaya
Ramai yang arif dengan teori kaya, syarat yang pertama ialah berniaga, kedua kerja keras dan ketiga tawakkal . Tapi yang ini bukan soal wang, tapi soal mempraktikkan ilmu. Ramai yang belajar mengenal diri dan mengenal tuhan tapi mereka miskin di akhirat. Puncanya meninggalkan syariat Nabi Muhammad s.a.w.. Samalah seperti pakar ekonomi yang tidak berniaga tetapi hanya bercakap tentang cara berniaga siang dan malam.
Gigih
Semua orang mampu menyebutnya, tapi tak ramai yang mampu melakukannya. Gigih yang paling baik ialah gigih membaiki diri untuk kembali ke jalan Allah. Rintangan dan halangan anggaplah ia sebagai perangsang perjalanan kita. Hanya mereka yang telah memulakan perjalanan sahaja dapat merasainya, yang suka bercakap akan leka dengan kefasihan mereka, yang masih tidur biarkan ia terus lena dengan dengkurnya. Ingatlah dan hitunglah berapa banyak lagi baki umur untuk kita mula berubah.
Friday, April 20, 2012
Bijak - padan muka
Teringat saya, makcik-makcik bersembang kisah tahun 70an mereka. Bila berebut-rebut memasuki panggung wayang selalu ada yang ambil kesempatan meraba. Mereka tak kisah, sebab mereka dah sediakan "super nacet" dicelah-celah jari. Tukang-tukang raba tadi bila dah duduk di kerusi terasa pedih, ngilu dan sebagainya kerana rupa-rupanya lengannya dah kena tores.
Tajam dan tumpul
Bersembang dengan seorang sahabat yang pernah terlibat dengan pergaduhan jalanan demi maruah diri banyak yang dapat dikutip darinya. Kadang-kadang kita berasa tidak puas hati apabila senjata pakaian kita tak berapa tajam. Sebaikknya begitu kerana ada kesan yang tersendiri pada musuh. Jika terlalu tajam ia tidak menyiksa musuh kerana hirisannya tidak dapat di "rasa" oleh musuh.
Thursday, April 19, 2012
Diri oh diri.....
Sebelum sibuk nak memberus dan membasuh baju jiran, mandi dan sabunlah diri dahulu. Yang paling penting jangan sahaja bila buka mulut berbau longkang. Selamatkan diri kita dahulu, anak isteri dan juga keluarga kita. Bereskan makan pakai mereka. Berikan masa dan perhatian pada mereka. Kadang-kadang hobi pula yang menjadi nombor satu dan banyak melalaikan kita. Kadang-kadang kita sanggup membodohkan, menghina diri sendiri kerana hobi yang kita taksub. Ingatlah Allah itu nombor satu, bukan keris dan badik.
Ke mana penyudahnya...
Mana hujung dan mana pangkalnya. Sampai bila umur kita nak di habiskan dengan dengan "lagha"/lara. Sekelumit ilmu seringkali menjadikan kita sibuk. Apakah ini tanggungjawab atau sekadar merosakkankan diri sendiri. Sesekali lihat kembali hobi-hobi yang kita ceburi, adakah ia mendekatkan diri kita pada Tuhan atau sekadar mewarisi retorik-retorik indah yang diulang-ulang untuk menegakkan lidah sendiri.
Tuesday, April 17, 2012
Alhamdulillah...
Tak perlu diucapkan, kadang-kadang ia lebih baik bagi kita. Tidak semua aktiviti perlu dipaprkan pada semua orang. Bak kata seorang sahabat biarlah apa orang nak kata, ia tak menjadi kudis pun. Bertapa dalam gua sendiri lebih bermanafaat untuk mendidik jiwa .
Sunday, April 15, 2012
Berpada-padalah...
Jangan berlebih-lebih dalam pertengkaran atau perselisihan pendapat. Untung tiada rugi yang ada. Lebih baik diam dan berusaha mencari rezeki yang halal di jalan Allah. Sekelumit ilmu tauhid yang ada di dada amalkan ia dengan bersungguh-sungguh, jangan sesekali jadi modal untuk diperdebatkan.
Friday, April 13, 2012
Menuntut dan bercakap
Menuntut ilmu adalah tuntutan Allah dan Rasulnya. Ilmu yang paling baik ialah ilmu agama dan ilmu mengenal diri. Namun apabila sudah ada sedikit ilmu praktikkan ilmu yang ada bukan melalak menyalahkan orang lain. Menyebarkan ilmu adalah baik tetapi terlalu banyak cakap pula bukan tuntutan. Ingat-ingat kembali apa tujuan kita menuntut ilmu, untuk membaiki diri kita menjadi lebih baik atau untuk membaiki orang lain agar menjadi lebih baik.
Tak ada yang bergolek tak ada yang melayang
Di bumi Malayu yang kaya raya ini berduyun-duyun umat manusia dari seluruh pelosok dunia datang mencari rezeki. Bergerak sahaja siku dan lutut insyaAllah menjadi duit bagi mereka. Arab dari timur tengah pun boleh kaya raya dengan hasil kraf kayu kita. Tapi mereka semua adalah jenis hamba Allah yang bekerja keras dan rajin serta baik hubungannya sesama manusia. Semoga peluang yang ada dimanafaatkan oleh anak Melayu kita agar suatu hari nanti kita tidak berputih mata dan asyik mencicit kerana melihat kekayaan orang lain.
Thursday, April 12, 2012
Tiada perkataan untuk diucapkan
Besarnya rahmat Allah atas hambanya jika direnung dan ditilik-tilik dengan cermat. Selain dianugerahkan dengan nikmat hidup, dianugerahkan pula dengan nikmat Islam. Kebesaran Allah tidak terucap oleh perkataan. Serahkan semua yang kita ada padaNya. Carilah pembimbing yang boleh membimbing kita memahami ayat-ayatNya. Semoga ujian dan cobaan hidup ini menjadi sesuautu yang indah dan bermakna buat kita. InsyaAllah
Monday, April 09, 2012
Sunday, April 08, 2012
Saturday, April 07, 2012
Keris dan barang antik
Terkedu seorang sahabat ambo bila dia bertanya kepada seorang kolektor keris bagaimana nak menggunakan keris sebagai seorang pendekar bila jawapannya tidak tahu. Ironinya, ramai pendekar Melayu yang tidak mengenali keris Melayu. Pengajarannya, jangan jadikan keris semata-mata barang antik untuk dibahaskan sehingga kita lupa fungsi utamanya, bukan sekadar di selit dipinggang tetapi kita mesti faham juga asas-asas menggunakannya. Jangan sampai main keris macam main pedang samurai. Silat dan keris berpisah tiada.
Halal
Jangan kita suapkan makanan ke mulut anak bini hasil daripada rezeki yang tidak halal. Dalam dunia perniagaan ramai yang bertopeng untuk melariskan jualan. Rezeki sudah ditetapkan Allah, carilah jalan halal untuk mengambilnya. Kalau nak berniaga, modal paling besar ialah jujur, kerja keras. Pelarisnya pula ialah sedekah dan murah hati. Penyakitnya pula ialah tamak, hasad dan dengki. Jangan sesekali menipu dan mencuri.
Thursday, April 05, 2012
14 Sepokal baru RM1150.00 ( SOLD )
Wednesday, April 04, 2012
Berjualan....
Alhamdulillah, secukup rasa yang diberi Allah s.w.t maka ambo berniagalah. Tapi ambo tak pandai nak kempen-kempen. Ambo pun ta pandai dalam bab keris, pisau dan parang. Soal mistik pula ambo tak berapa reti. Jadi ambo ambik jalan mudah sahaja, ada produk ambo jual, kalu malas nak buka blog ambo bertukang lebih kurang. Barang jualan ambo pulak adalah sekadar yang dipaparkan sahaja. Kalu laku alhamdulillah, tak laku tak apa sebab barang besi ni kohor lama kohor antik. Tapi berpada-padalah dalam berjualan jangan sampai kecek pelawok dan berlebih-lebih pulok.
*Pengiklan paling berani dan terbaik ialah iklan dalam laman dan kedai kita sendiri
*Pengiklan paling berani dan terbaik ialah iklan dalam laman dan kedai kita sendiri
Tuesday, April 03, 2012
Semoga dipermudahkan jalan ini
Kepada siapa kita nak mengadu.... mereka pun lemah seperti kita. Jadi mengadulah kepada yang Maha Kuat dan Maha Berkuasa.
Alang Antik RM1300.00 ( sold )
Badik berpamor RM 180.00 ( sold )
Bina Insan
Ramai yang terlupa, kerana asyik mengejar power pada kayu dan besi kita lupa untuk membina insan. Kelemahan umat kita pada hari ini bukan kerana besi dan kayu kita tak bermutu, tetapi kerana modal insan kita yang semakin ketandusan ilmu dan nilai-nilai murni. Keris dan sarung yang cantik tidak menjanjikan sahsiah yang baik. Seeloknya kita membina pekerti kita seiring dengan kecantikan dan kehalusan seni keris yang kita bangga-banggakan.
Percaya atau tidak
Rezeki itu sudah di tetapkan oleh Allah pada setiap hambanya. Banyak sikit pula bergantung pada Qadarnya. Yakinkah kita bahawa dunia akan mengejar hambaNya yang cinta pada mati . Di samping itu beringat-ingatlah, buatlah "simpanan" dalam tabung akhirat kita.
Monday, April 02, 2012
Sunday, April 01, 2012
Sayu
Hati menjadi sayu bila mengingatkan hal ehwal diri. Mati semakin hampir, diri pula makin disibukkan dengan besi, kayu dan batu. Dunia kayu dengan plot dan iranya, dunia besi dengan pamor dan tajamnya, dunia permata dengan kilau dan airnya. Mati oo mati.
Jangan sampai diikat...
Hobi dan minat kita jangan sesekali sampai mengikat kita pada dunia. Sesekali kena juga tekan brek dan periksa minyak engin takut-takut dah lama tak servis.
