Apabila kita memiliki sesuatu yang berharga, peganglah ia kemas-kemas. Jangan tercicir atau kehilangannya. Pelbagai bisikan dan cobaan akan muncul agar kita telepas dan kehilangan barang yang berharga tadi. Sekali ia terlepas, sukar untuk mendapatkannya lagi. Jika cobaan datang bertubi-tubi katakan padanya bahawa Allah itu Satu.
Tuesday, May 31, 2011
Friday, May 27, 2011
Kejarlah....
Bijak mengatur. Siapa yang paling bijak? Jangan ingat kitalah yang paling hebat mengatur strategi. Allah maha bijak mengatur. Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Yakinlah.
Thursday, May 26, 2011
Bukan mudah...
Jangan belajar tasauf nanti sesat, jangan belajar tauhid nanti menyeleweng, jangan.. jangan..jangan. Itulah ayat-ayat yang sering menjadi batu penghalang apabila minat untuk belajar ilmu tauhid mula bertunas. Bagaimana kita nak menilai sesat dan menyeleweng pegangan atau ajaran jika kita tak pernah belajar atau menuntut?
Monday, May 23, 2011
Drebar..
Semua orang ingin memiliki kereta, ingin memandunya. Tapi sayangnya mereka tidak pula belajar memandu. Mereka hanya belajar nak mengenali kereta, belajar mengenai tayar, stering, dan macam-macam lagi. Bayangkan jika kita bertemu dengan orang yang sentiasa bercakap mengenai kehebatan sebuah kereta tanpa pernah memandunya.
Lalai..
Seringkali kita tidak adil pada diri sendiri, harta yang bakal kita tinggalkan untuk orang lain sibuk pulak kita mengumpulnya. Sedangkan sedekah yang bakal kita bawa ke akhirat lupa pula kita keluarkannya.
Sunday, May 22, 2011
Rezeki tak ke mana
Yakinlah pada Allah bahawa rezeki adalah pemberian Allah pada hambanya, ia telah ditetapkan. Yakinlah, serahkan padaNya.
Saturday, May 21, 2011
Friday, May 20, 2011
Apa dah jadi...
Semakin hari semakin kalut. Sesama Melayu bukan main lagi nak bertekak dan bercakaran. Dengan bangsa lain, bukan setakat bersalam malahan boleh berpeluk cium lagi. Bumi sekangkang inilah tempat tumpah darah kita, ke mana lagi kita nak pergi kalau jadi huru-hara dan kacau bilau.
Thursday, May 19, 2011
Manusia dan peraturan
Manusia yang boleh hidup dalam persekitaran yang minimun perturan dan undang2 adalah lebih bebas daripada mereka yang hidup dikongkong terlalu banyak peraturan. Namun ada juga pihak yang sentiasa berfikir untuk mencipta peraturan dan undang-undang untuk mengongkong sesama manusia.
Wednesday, May 18, 2011
Landasan...
Apa landasan kita. Landasan agama atau landasan mencari dunia. Dunia ini fana, apa yang kita cari hanyala "hama" yang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang mengiringi dunia ialah resah, gelisah, dengki ahmak dan tamak haloba.
Monday, May 16, 2011
Perniagaan adalah sunnah
Ada orang kata perniagaan adalah peperangan. Sebab itu mereka sanggup berbunuhan untuk mendapatkan kemenangan. Jika itulah pegangan, hidup tak aman jiwa pula tidak tenang. Berniagalah untuk mencari rezeki halal mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Berniaga dapat melatih kekuatan jiwa. Mengajar erti hidup dan kehidupan serta menjadi medan "praktikal" segala ilmu yang dipelajari.
*zikir dan fikir sentiasa
*zikir dan fikir sentiasa
Antara kenal dan "rapat"
Ada orang tak kenal "Raja". Setelah diberikan pedoman, tunjuk ajar dan petua-petua akhirnya dia tahu siapa raja siapa rakyat. Malangnya "Raja" pula tak kenal pun si rakyat yang doif ini. Rakyat pun ada kelas-kelasnya, ada yang jadi hamba raja, ada juga yang jadi sahabat raja dan ada juga yang jadi seperti raja. Tapi Raja tetap Raja, rakyat tetap rakyat. Jangan sesekali beraja di mata bersultan di hati. Kelak binasa diri tak jumpa jalan kembali.
Saturday, May 14, 2011
Hidup dan mati
Dalam hidup ada mati. Mati seiring jalan dengan hidup. Hidup sering melupakan mati, mati tak pernah lupa janjinya. Mati itu pasti.
Wednesday, May 11, 2011
Cuti urusniaga selama sebulan
Saya akan menghentikan urusniaga selama sebulan bermula 15hb Mei hingga 15hb Jun 2011. Walau bagaimanapun saya masih lagi akan menulis dan update blog mana yang patut. Jika ada mana-mana tempahan yang siap dalam masa tersebut saya akan masukkan dalam blog atau berhubungi terus kepada tuanpunya tempahan.
Mana yang lebih penting
Kita kadang kala kembang hidung dan punggung tatkala mendapat pujian dalam dunia perkerisan. Walau apa bidang pun yang kita pakar, utamakanlah ilmu tauhid dan aqidah. Ia adalah asas membezakan mana yang hak dan mana yang batil. Kesesatan boleh berada dalam pelbagai rupa dan wajah. Jangan pandang pada batu yang dilontar, pandanglah pada tangan dan empunya tangan yang melontar
Memaksa...
Manusia yang sudah aqil baligh biasanya sudah mumayyiz. Orang mumayyiz pula sudah tahu mana yang suci dan mana yang najis. Dalam dunia moden hari ini seringkali ada pihak yang menyuguhkan kehendak mereka agar dituruti oleh semua orang. Mereka terlupa yang mereka sendiri masih belum bersunat.
Jawapan
Dalam pelajaran sifat dua puluh, terdapat sifat maani. Kajilah turutan sifat maani untuk mendapat jawapan teka-teki yang saya utarakan.
Tuhan Maha Adil
Allah sw.t maha Adil, berserahlah kepadanya. Hidup ini satu ujian, hadapinya dengan tenang. Semoga perjalanan ini mematangkan kita tentang hati dan juga tentang mati. Kadang-kadang hati kita terguris kerana perbuatan sesama manusia. Itu namanya hati manusia, kalau hati batu atau hati kayu memang tak terasa apa-apa. Bersyukurlah kepada Allah kerana memilih kita untuk diuji. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.
Tuesday, May 10, 2011
Antara fikir dan zikir
Kedua-dua tuntutan agama, berfikir tentang keagungan dan kebesaran Allah, beramal dengan lisan dan hati memuji kebesaran Ilahi.
Monday, May 09, 2011
Kuasa Allah
Semua yang berlaku adalah dengan kehendak dan izinnya.Kita sebagai makhluk ciptaannya hanya mampu berusaha dan berikhtiar dalam lingkungan iradatnya.
Sunday, May 08, 2011
Emak kemalangan
Emak saya kemalangan jalanraya pagi tadi. Sebarang urusan bolehlah sms atau email kerana saya berada dalam wad.
Saturday, May 07, 2011
Jenguk-jenguk....
Kadang-kala cakap bohong lebih seronok daripada bercakap benar. Kalau cakap benar, tak ada yang hebat. Tapi kalau cakap bohong, tokok tambah cerita dan sesekali tabur fitnah maka lebih ramai orang yang suka mendengarnya.
Friday, May 06, 2011
Di mana kita sekarang.....
Setelah lama kita mengaji dan mengkaji, di manakah kedudukan kita sekarang. Semakin dekat dengan pangkalan atau dah tak tahu mana tujuan asal perjalanan. Ketika orang lain sedang menguatkan barisan pertahanan dan serangan hidup kita pula makin berantakan. Menuntut ilmu ada kaedah dan caranya, menghormati orang yang lebih tua adalaah salah satu prinsipnya.
KURSUS INTENSIF GAYONG WARISAN MALAYSIA
Tarikh : 5hb Mei hingga 7hb Mei 2011
Tempat : SRI NIPAH CHALET BACHOK
Tempat : SRI NIPAH CHALET BACHOK
Thursday, May 05, 2011
Makluman...
Mana-mana barangan yang tak sempat diposkan mingu ini , insyaallah akan diposkan pada hari ahad. Terima kasih
(b) Badik RM250.00 SOLD zaki
Wednesday, May 04, 2011
Gangguan...
Paling ditakuti dalam hidup seorang muslim ialah apabila Aqidah dan pegangan tauhidnya terganggu oleh Syirik. Selain syaitan, hantu dan jembalan Syirik zaman ini ialah wang dan kuasa. Manusia sanggup menyembah dan merayu manusia lain untuk mendapatkankan jawatan dan wang ringgit. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang sesat dan syirik kepada Allah.
Tuesday, May 03, 2011
Badik 11 pa RM400.00 ( OFFER ) RM200 SOLD safar
Monday, May 02, 2011
Mengapa selalu hilang....
Kalau berseorangan mungkin kita "ada" namun bila berada di tempat orang ramai kita selalu "tiada". Semoga kita sentiasa "ada" walaupun di mana kita berada.
Kembali beroperasi..
Alhamdulillah, ambo dah selamat kembali dari bercuti. InsyaAllah ambo akan berbisnes seperti biasa . Terima kasih kepada sahabat semua yang masih lagui mengunjungi blog ini walaupun tidak aktif beberapa hari.
Sunday, May 01, 2011
Pengumuman alamat email baru
Email lama saya mengalami masalah, jadi saya kini bertukar kepada email baru
cikgunasir8130@gmail.com
cikgunasir8130@gmail.com



























