Thursday, March 31, 2011
Meracau...
Apabila seseorang itu mula meracau..., jangan dikacau. Biarkan sahaja. Lama kelamaan keringlah air liurnya. Adapun diam itu lebih baik daripada mencari salah dan silap manusia. Teruskan kerja buat masing-masing.
* melalak tu lebih kurang jer dengan menyalak
* melalak tu lebih kurang jer dengan menyalak
Sundang lipas RM550.00 termasuk pos ( SOLD)
Wednesday, March 30, 2011
Ilmu amal vs ilmu sembang..
Ramai bila dapat sikit sembangnya banyak, semua benda nak disembangnya. Kalau terlalu banyak sembang biasanya kita kurang beramal dengan ilmu, kerana amal kita ialah sembang. Mana perginya sibuk dalam sunyi dan sunyi dalam sibuk? Cakap yang penting sahaja.
Mencari-cari.....
Ramai yang mencari. Tapi tak tahu apa yang dicari, nak jumpa pun bukan senang. Kalau jumpa pun kadangkala guru pula mencari dan memilih murid. Terpaksa cari lagi. Sebenarnya sesekali perlu juga kita belajar kaedah belajar. Kalau silap kaedah susah juga, untuk menuntut ilmu "seni hati" memerlukan kaedah menuntut yang juga "hati-hati". Jangan sampai geliga yang sudah di dalam mulut tertelan atau tercampak keluar.
Tuesday, March 29, 2011
Ajuk-ajuk....
Ajuk-ajuk samalah dengan tiru-tiru, antara burung yang pakar dalam meniru suara ialah tiung, kakak tua, gembala kerbau dan murai batu. Paling hebat ialah tiong dan kakak tua, mereka hampir-hampir boleh bercakap. Semoga shahadah kita tidak seperti burung-burung tersebut, tahu ajuk tapi tak tahu maksud dan tak faham apa yang disebut.
Monday, March 28, 2011
Kesungguhan....
Bukan senang untuk senang. Ranjau dalam perjalanan adalah madu pengalaman. Kalau hari ini dialah hempedu, suatu hari nanti hempedu itulah penawar rindu. Teguran guru adalah kemudi yang memandu.
Cerita diri
Orang yang dalam "perjalanan" sibuk dengam perihal diri masing-masing. Kisah wali-wali tidak lagi menjadi pelik bagi mereka, kerana mereka juga mempunyai kisah dan cerita tersendiri. Berhati-hatilah agar kita tidak menjadi tukang cerita bukan kisah kita.
Sunday, March 27, 2011
Friday, March 25, 2011
Solat dan Silat
Terkedu ambo untuk menulis entry ini. Ramai bila bercakap pasal perjuangan Melayu dan Islam cukup bersemangat, sampai berdiri bulu "rom". Apatah lagi bila bercakap tentang kehebatan ilmu persilatan, sampai tak cukup masa untuk diperkatakan. Tapi sayangnya bila sampai waktu solat ramai yang kantoi. Hebat bersilat tidak mmberi jaminan selamat dari azab kubur wahai anak-anak gayong apatah lagi jika kita tidak bersolat.
Trip hujung minggu...
Trip hujung minggu berkunjung ke Negeri Perak untuk ziarah guru. Alhamdulillah sempat bersarapan bersama dengan Pakcik Min. Sahabat Arwah Dato' yang menyimpan banyak kisah suka duka perjalanan Silat Gayong. Antara intipati perbualan kami ialah "mesti pandai jaga diri" atau dalam ertikata lain jangan merosakkan diri sendiri.
Thursday, March 24, 2011
Wednesday, March 23, 2011
Teruskan perjalanan....
Mengapa kita diuji dengan pelbagai kesusahan : Persoalan
- Apa kamu ingat senang-senang saja kamu dilahirkan ke dunia ini.
- Apa kamu ingat senang-senang saja kamu dilahirkan ke dunia ini.
Beramal dengan ilmu....
Beramal dengan apa yang dipelajari lebih sulit daripada belajar atau menuntut. Bila belajar atau mendengar memang seronok, sebab hanya perlu bawa telinga, buku dan pen. Sekadar dengar kemudian catat dan sedikit rasa seronok kerana dapat ilmu baru. Yang lebih afdal, amalkan dan istiqamah apa yang kita pelajari walaupun sedikit.
Pedang Melayu Antik RM550.00 ( SOLD )
Monday, March 21, 2011
Jangan begitu....
Seringkali apabila benci menguasai kita, tidak ada lagi kebaikan yang dapat kita lihat pada seseorang. Renungkan semula siapa kita, kenapa kita membenci mereka. Ketika orang lain ketawa riang, kita asyik memikirkan bagaimana cara agar orang kebencian kita jahanam. Kesiannya.
Sunday, March 20, 2011
Saturday, March 19, 2011
Dah habis cuti.. InsyaAllah esok sambung kerja dan bisnes.
Terima kasih atas sms, email dan call dari sahabat-sahabat.
Thursday, March 17, 2011
Wednesday, March 16, 2011
Bijak...
Apabila menuntut, carilah peluang atau luang masa bersendirian bersama guru. Mungkin waktu itu ada bahagian istimewa untuk kita. Kadang-kadang kita berasa hampa kerana amat sulit untuk kita mendapat peluang. Sebenarnya bukan sulit manapun, kita tak masuk hutan, kita tak bersuluk dalam gua, kita tak berjalan kaki, kita tak disuruh cari kayu api, kita tak disuruh gali perigi pun oleh guru. Cuba bayangkan kesulitan leluhur kita menuntut ilmu waktu dulu-dulu. Fikir-fikirkan.
Luahan Guru....
Alangkah malangnya apabila generasi baru buta sejarah. Guru tua yang menjadi perintis ilmu dikatakan mencuri ilmu dan membuat pertubuhan baru. MasyaAllah. Sebaikknya selidik dulu daripada sumber-sumber yang sahih dan soleh sebelum membuat tuduhan melulu. Ambo hanya mampu mendengar rintihan dan luahan guru tua. Bayangkan jika cucu-cucunya membaling batu, sedangkan anak yang pernah diberi makan dan diberi pelajaran hanya diam mencuci tangan.
Guru dan murid
Seringkali murid terlalu laju dalam pekerjaannya sehingga lupa pada adat dan adap. Setiap pekerjaan ada aturan dan susilanya. Dalam ilmu pula ada tertib dan seninya. Jangan kerana terlalu ghairah kita jadi macam kadok naik junjung. Bila dah naik duduk bertempek di celah pelepah kerana tak tahu nak buat apa lagi.
Tuesday, March 15, 2011
Terserlah...
Allah Maha Kaya, sikap bermuka-muka terhadap sesama manusia walau sejauh manapun disembunyikan akhirnya terdedah jua. Tiada paksaan atau perancangan oleh manusia, hanya Allah yang mengaturkannya. Terang lagi bersuluh, empunya diri yang mengaku dikhalayak ramai tanpa sedar dan tanpa segan silu. Subhanallah.
Tak perlu dipaksa....
Seringkali perpecahan dalam pertubuhan dianggap negatif. Apakah kita mampu mencegah atau menghentikannya? Kalau kita tidak mampu, maka sewajarnya kita menerima dengan berlapang dada dan mengoreksi diri. Mencari kelemahan diri bukan mencari kelemahan mereka yang lari. Sebaikknya kita mengubah, membaiki apa yang patut, agar pisang tidak berbuah beberapa kali. Bagi mereka yang berjuang teruskan perjuangan, lupakan politik dalam silat. Belajar, menuntut dan mengajar. Itu perjuangan kita. Serahkan jawatan pada mereka yang berkehenadak serta "layak".
Bergurau....
Hormati guru tua selayaknya. Kawal gurau senda kita. Jangan sampai tabiat buruk kita tersembul dalam gurauan, mereka bukan rakan sebaya kita. Hormati mereka sebagai bapa dan guru yang membimbing kita. Moga ilmu yang mereka turunkan kepada kita lebih berkat dan berkekalan. InsyaAllah.
Monday, March 14, 2011
Jangan hancurkan
Menghancurkan lebih mudah dari membina. Usaha beratus tahun boleh kita hancurkan dalam seminggu atau sebulan sahaja. Ketika kita sedang bercakaran untuk merobohkan negara, orang lain tersenyum melihat kebodohan kita. Ke mana kita nak membawa diri, di sinilah tanah tumpah darah kita. Pertahankan ia.
Bila guru tua bangun berpencak...
Sesekali bersembang dengan guru boleh menaikkan semangat. Daripada bersila, bangun bertinggung, dari bertinggung bangun berdiri, bila berdiri ia mula menggayakan langkah tempurnya. Pesannya kalau berlawan dengan ramai " jangan tubik dari tapak tigo, jangan hambat orang lari, dok situlah".


















































