Saya menulis apabila ada idea, seringkali saya menegaskan bahawa saya menulis untuk murid-murid saya sama ada anak murid silat dan murid sekolah. Apabila kita menulis persoalan hati hampir semua orang tertembak termasuk saya sendiri, kerana kita semua masih ada hati. Jika anda terkena tembakan saya, bukan salah saya. Tetapi anda mungkin sedang berdiri di hadapan muncung senapang saya, jadi nasiblah jika terkena. Sebaiknya kita ambil iktibar jika ada pengajaran atau kebaikan dalam tulisan-tulisan saya. Jika setaraf dengan hampas, maka buang sahaja. Itupun kalau ada yang sudi baca coloteh-coloteh kosong saya ni. Jika tak ada idea maka saya masukkan produk jualan saya, kalau nasib baik dan ada rezeki.. laku. Innalillah hi wainnailaihirajiuun.
Tuesday, June 29, 2010
Tenang...
Walaupun lautan kehidupan bergelora kalau kita boleh "tenang", Alhamdulillah. Untuk mencapai ketenangan bukan boleh dengan cakap sahaja. Walaupun kita sudah berserah pada Allah 100%, kerja kena buat, strategi kena atur, peraturan kena ikut dan usaha mesti keras. Faktor persekitaran akan membantu kita menghadapi hidup dengan tenang, wang yang mencukupi, rezeki yang halal, sahabat yang setia dan faktor-faktor luaran akan mempengaruhi darjah ketenangan kita. Dalam ertikata lain zuhud ialah kunci ketenangan dalam hidup. Bukan tidak berharta tetapi tidak terikat pada harta. Wallahualam bissawab.
Mengatur urusan hidup....
Setiap orang ada caranya sendiri untuk menguruskan diri dan menguruskan kehidupannya. Usahlah kita bersusah payah untuk tolong berfikir dan memikirkan perihal hidup dan kehidupan orang lain. Bereskan dahulu bab taharah dan fardhu ain kita sebelum kita sibuk untuk berjuang bagi agama dan bangsa.
Kerambit comel...
Semalam ambo agak sibuk sedikit dan rasa sedikit teruja gara-gara kerambit comel yang dah sold out. Bayangkan dari pagi petang dan malam panggilan telefon, sms dan email bertalu-talu minta kerambit tersebut, malangnya hanya ada satu sahaja. Maaf juga kepada sahabat-sahabat yang hendak menempah spesies jenis ini kerana Abang Din dah mengaku awal-awal tak sempat nak mengambil tempahan saya. Nampaknya kerambit jenis ini paling mendapat sambutan kerana kemasan tembaganya. Jika ada rezeki insyaAllah saya akan uploadkan dlm blog untuk kita main sapa cepat dia dapat. Terima kasih semua. Senyum sokmo dan happy-happy dalam hidup.
Monday, June 28, 2010
Pulangkan semuanya pada yang berhak
Setiap apa yan berlaku ke atas kita seeloknya kita pulangkan kepada yang berhak, iaitu Allah s.w.t. Walaupun kelihatan mudah, tapi amat sulit untuk menerima hakikat ini. Di samping itu jangan kita lupa berusaha dan berikhtiar kerana ia juga anugerah Allah pada manusia, jangan kita sia-siakannya.
Sunday, June 27, 2010
Saturday, June 26, 2010
K-033 Rencong Antik pakaian baru (SOLD OUT)
Keris Gelanggang Lok 9 SOLD
Friday, June 25, 2010
Ingatan dari teman-teman berpengalaman
Saya mungkin seperti anak-anak dalam dunia perkerisan, ke sana, ke sini mengutip bidalan dan perumpamaan dari orang-orang yang lebih berpengalaman. Yang baik saya jadikan panduan dan kongsikan bersama. Antara pesanan yang sering saya terima :
1. Jangan marah-marah. Nanti kena jual. (Pak Li)
2. Asam garam kehidupan yang mesti kita lalui, sabar ( Hj.Rahim)
3. Budi bahasa mesti diutamakan ( Pak Ngah Izahar)
4. Berhati-hati bermain keris, kerana ia tajam dan boleh melukakan ( Cg.Di)
Terima kasih pada semua sahabat-sahabat kerana masih sudi nasihat menasihati dalam urusan kebaikan. Senyum sokmo.
1. Jangan marah-marah. Nanti kena jual. (Pak Li)
2. Asam garam kehidupan yang mesti kita lalui, sabar ( Hj.Rahim)
3. Budi bahasa mesti diutamakan ( Pak Ngah Izahar)
4. Berhati-hati bermain keris, kerana ia tajam dan boleh melukakan ( Cg.Di)
Terima kasih pada semua sahabat-sahabat kerana masih sudi nasihat menasihati dalam urusan kebaikan. Senyum sokmo.
Thursday, June 24, 2010
Sudut pandang...
Melihat sesebilah keris samalah seperti lapan orang buta mengenal seekor gajah. Semakin banyak dan lama yang diraba semakin besar pemahamannya tentang seseekor gajah. Namun jarang mereka dapat memeluk keseluruhan gajah. Begitulah dengan keris, terdapat pelbagai sudut pembicaraan tentang keris. Ada yang melihat keris daripada sudut seni dan keindahan. Sudut ini menjurus kepada lahiriah dan bentuk zahir. Bermula dari bentuk pamor, lok, saiz, seni kayu/ukir dan juga seni perak serta bahan untuk ulu dan sampir. Ada juga yang menilai dari sudut mistik dan isi. Manakala bagi sesetengah orang pula mereka menilai keris dari sudut keselesaan dan efektif untuk tempur bersesuaian dengan ilmu persilatan yang mereka pelajari, sama ada dari segi saiz dan berat keris serta rekabentuk hulu. Apa pula sudut pandang saudara... walau apapun jangan sampai syirik dalam bermain keris.
Kenapa suka marah-marah...
Kadang-kadang kita tidak sedar kita sebenarnya tertekan. Akibatnya kita mudah marah dan meracau tak tentu hala. Sebaiknya renung sejenak, cari punca mengapa kita stress. Mungkin kita ada masalah di tempat kerja, masalah kewangan, masalah rumahtangga, masalah dengan amalan atau mungkin kita ada masalah hati. Hadapi hidup ini dengan tenang dan gembira. Selamat maju jaya.
Alahi.... idaman kalbu dah siap
Wednesday, June 23, 2010
Ambil yang positif...
Lihatlah sesuatu perkara dengan optimistik, bukan pesimis. Jika fikiran kita negatif, apa yang kita lihat dan nilai akan sentiasa pesimis. Kalau orang rajin ke masjid kita kata dia nak tunjuk alim. Kalau seorang pelajar suka mengulangkaji, kita kata dia nak tunjuk rajin. Apa salahnya jika kita berlapang dada melihat sudut positif dalam sesuatu perkara. Janganlah kita menyenakkan otak kita dengan segala pekerjaan makhluk atas muka bumi ini. Walau apapun kita kena redha atas pekerjaanNya.
* nak wat lagu mana... lagu tu la.
Ramalan cuaca
Perkataan ramalan hampir sama dengan perkataan rambangan, dalam ertikata lain berkata-kata pada sesuatu yang kita tak pasti dan cuma agak-agakan sahaja. Mengikut satu kajian ramalan bersalin oleh pihak hospital hampir 100% tidak pernah tepat. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain, jika kita bercakap hanya berdasarkan andaian, ia cuma termasuk dalam kategori ramalan atau rambangan sahaja. Sehubungan itu saya apabla ditanya oleh sahabat-sahabat usia sesebilah keris, saya katakan saya tak tahu dan tak pasti, kecuali keris-keris baru yang saya kenal siapa tukangnya. ( kena uji kat makmal nuklear ni..)
Untuk perhatian Sahabat di Brunei

1. Ketulan Teras Kemuning hitam
2. Ketulan teras gemunggal
3. Tasbih teras kemuning hitam
4. Tasbih penawar hitam
________________________________________
Maaf kerana tasbih kemuning hitam saiz kecil belum ada stok.Kos untuk tambang belum pasti, insyaAllah esok atau lusa baru saya comfirmkan dengan courier services. Terimakasih.
Tuesday, June 22, 2010
Sembang-sembang malam selasa
Malam tadi saya sempat mengutip mutiara berharga dari seorang sahabat guru semasa sembang-sembang sambil memerhatikan anak-anak bersilat,
Pesan gurunya :
Belajar dan menuntut untuk membaiki diri sendiri, bukan untuk membetulkan orang lain. Ilmu yang dipelajari jika digunakan untuk membetulkan orang lain akan menimbulkan perseteruan dan persengketaan. Jadi lebih baik kita menggunakan ilmu yang ada untuk membaiki duri.
Terimakasih Cg. Din
Pesan gurunya :
Belajar dan menuntut untuk membaiki diri sendiri, bukan untuk membetulkan orang lain. Ilmu yang dipelajari jika digunakan untuk membetulkan orang lain akan menimbulkan perseteruan dan persengketaan. Jadi lebih baik kita menggunakan ilmu yang ada untuk membaiki duri.
Terimakasih Cg. Din
Mohon maaf
Maaf kepada pelanggan-pelanggan kerana tidak sempat mengeposkan barang sehari dua ini kerana agak sibuk. InsyaAlah esok saya akan mulakan pengeposan. Terima kasih
Sunday, June 20, 2010
Alhamdulillah...Syukur
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki. Kita hanya berusaha dalam lingkungan Qada dan Qadarnya. Tiap pekerjaan ada ganjarannya, jika berjualan insyallah akan ada pembelinya cuma lambat atau cepat. Dengan izin Allah perniagaan keris dan senjata warisan membuka lembaran baru dalam hidup saya, walaupun untung tidak besar, tetapi dalam kuantiti jualan yang banyak ia agak lumayan. Di samping memperolehi pulangan dalam bentuk wang, pulangan lain ialah bertambah kawan dan sahabat. Kepada sahabat-sahabat dan pengunjung blog ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga, semoga saudara semua puashati atas perkhidmatan jualan saya tak termasuk barang tempahan.
Terima kasih sahabat-sahabat
Semalam saya agak free sedikit, sambil mencari stok tasbih, saya sempat singgah di Laman Wakaf Wali ( Abg Mie Purba). Lama tak berjumpa, macam-macam topik kami bualkan. Bertemu beberapa orang lama dalam bidang perkerisan Kelantan seperti Pak Sin, Abang Pa, Abg Mie dan Abg Rahim, begitu juga dengan beberapa orang anak muda yang saya kagumi dengan adab dan tertibnya berbicara. Apa yang saya nak kongsikan ialah inti perbualan kami :
1. Bila berniaga banyak dugaan dan cobaan
2. Ilmu keris ini banyak, luas dan pelbagai mazhab
3. Jangan pandang sebelah mata pada orang yang kita tidak kenal ( orang tua )
4. Jangan reka-reka cerita untuk berjualan
5. Rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menegur dan memberi peringatan dalam mengharungi kehidupan ini.
1. Bila berniaga banyak dugaan dan cobaan
2. Ilmu keris ini banyak, luas dan pelbagai mazhab
3. Jangan pandang sebelah mata pada orang yang kita tidak kenal ( orang tua )
4. Jangan reka-reka cerita untuk berjualan
5. Rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menegur dan memberi peringatan dalam mengharungi kehidupan ini.
Saturday, June 19, 2010
Renung sejenak...
Hobi adalah satu juzuk kecil dalam kehidupan. Ada yang gemarkan kereta, ada yang sukakan motosikal, ada juga yang sukakan burung, ada juga yang mengumpul stem dan pelbagai jenis hobi lagi. Tentunya keseronokan dan kepuasan di samping mengisi masa lapang. Apa akan jadi jika juzuk kecil ini mendominasi kehidupan kita.















































