Petang tadi seorang sahabat warganegara Italy sempat singgah ke rumah bersama-sama Tuan Aminuddin. Walaupun dah lama kenal Din saya tidak pernah bersembang panjang dengannya. Persahabatan kami bermula kerana sebiji hulu tajong. Cinta dan minatnya pada Islam dan budaya Melayu menyebabkan Din selalu menghabiskan cutinya di Kelantan. Beliau meminati dan belajar silat, fasih berbahasa Kelate dan juga beberapa bahasa antarabangsa lain. Jarang-jarang anak muda kita berderau darahnya apabila terdengar gendang silat, tapi Din sebalikknya. Saturday, May 29, 2010
Kunjungan Din Itali
Petang tadi seorang sahabat warganegara Italy sempat singgah ke rumah bersama-sama Tuan Aminuddin. Walaupun dah lama kenal Din saya tidak pernah bersembang panjang dengannya. Persahabatan kami bermula kerana sebiji hulu tajong. Cinta dan minatnya pada Islam dan budaya Melayu menyebabkan Din selalu menghabiskan cutinya di Kelantan. Beliau meminati dan belajar silat, fasih berbahasa Kelate dan juga beberapa bahasa antarabangsa lain. Jarang-jarang anak muda kita berderau darahnya apabila terdengar gendang silat, tapi Din sebalikknya. Warna-warna hitam dalam kehidupan
Jika tidak ada warna hitam maka kita tidak akan mengenal erti putih. Sehubungan itu anggaplah titik-titik hitam dalam kehidupan sebagai satu panduan bagi memahami warna-warna kehidupan. Mengikut seorang sahabat tukang (Wan Manor) "anggaplah semua itu sebagai rencah kehidupan untuk mematangkan kita". Tanpa warna hitam kita tidak akan berasa nikmat jatuh bangun dalam kehidupan.
Friday, May 28, 2010
Garam kehidupan..
Kadang-kadang sukar juga untuk faham perangai manusia. Untuk mendidik anak, dimomok-momokkan dengan hantu. Tempat kita mencari makan janganlah kita kutuk dan buruk-burukkan. Untuk mencari sesuap nasi, jangah kita makan semua kawan. Kuman di seberang lautan dapat kita kaburi, gajah di depan mata belum tentu keliru.
Berniaga sambil belajar...
Bila disebut berniaga, ia adalah sunnah nabi. Peniaga menjadi penghubung antara pengeluar dengan pengguna. Bagi saya pula, perniagaan senjata warisan merupakan satu hobi yang menyeronokkan kerana :
1. Memberi pendapatan sampingan pada saya.
2. Memberi peluang kepada saya untuk memahami ilmu senjata Melayu dengan lebih mendalam.
3. Mendapat lebih ramai sahabat dan kawan.
4. Menambah pengalaman hidup kerana diketemukan dengan pelbagai karenah manusia dalam urusan jual beli.
Kesimpulannya :
Keris boleh dijual beli, budi yang murni akan dibawa mati.
1. Memberi pendapatan sampingan pada saya.
2. Memberi peluang kepada saya untuk memahami ilmu senjata Melayu dengan lebih mendalam.
3. Mendapat lebih ramai sahabat dan kawan.
4. Menambah pengalaman hidup kerana diketemukan dengan pelbagai karenah manusia dalam urusan jual beli.
Kesimpulannya :
Keris boleh dijual beli, budi yang murni akan dibawa mati.
Wednesday, May 26, 2010
Telatah...
Allah Maha Kaya, diciptakan makhluknya dengan pelbagai karenah dan telatah serta diberikan panduan serta pedoman. Kadangkala orang-orang tua tersenyum sumbing melihat telatah kita generasi baru yang gah pada nama. Bukan mereka tidak mahu memberi tunjuk ajar pada kita, tetapi kita terlalu kurang ajar pada mereka. Sedikit belajar banyak mengajar, sedikit tahu banyak mendahului. Seringkali ada topik yang "zero" dalam otak kita, tapi anehnya kitalah hero.
Monday, May 24, 2010
Ambil kesempatan
Ambil kesempatan secara ringkasnya boleh difahami sebagai satu keadaan di mana satu pihak mengambil keuntungan atas pihak yang lain dengan cara menindas atau menganiaya atas kelemahan satu-satu pihak. Dalam konteks hobi mengumpul keris serta proses jual belinya kadang-kadang ada pihak yang berasakan dirinya teraniya kerana nilai keris dilihat tidak setimpal dengan nilai wang yang dilaburkan. Di sinilah letakknya ilmu, pengalaman, kejujuran dan ihsan yang perlu diambil kira. Gunakanlah ilmu "taksir" kerana hari ini kita mengenakan orang mungkin esok Tuhan akan mengenakan kita pula.
Tukang dan peralatan
Semalam saya sempat singgah di "Atas Parking" Kota Bharu untuk bertemu beberapa orang sahabat. Sambil sembang-sembang tentang dunia perkerisan dan tukang-tukang bersama Hj Rahim, Ayah Su dan Pak Ku Din, saya membuat beberapa kesimpulan ringkas :
1. Ilmu warisan Melayu terutama dalam seni ukir, sama ada kayu atau logam tidak harus digelapkan atau disembunyikan.
2. Alam Melayu masih jauh ketinggalan dalam menghasilkan alat-alat mengukir jika dibandingkan dengan barat walaupun kita mahir mengukir.
3. Dokumentasi ilmu-ilmu warisan dengan mengetengahkan "pemain-pemain utama" harus diusahakan segera.
5. Kelantan adalah gedung khazanah ilmu seni warisan.
1. Ilmu warisan Melayu terutama dalam seni ukir, sama ada kayu atau logam tidak harus digelapkan atau disembunyikan.
2. Alam Melayu masih jauh ketinggalan dalam menghasilkan alat-alat mengukir jika dibandingkan dengan barat walaupun kita mahir mengukir.
3. Dokumentasi ilmu-ilmu warisan dengan mengetengahkan "pemain-pemain utama" harus diusahakan segera.
5. Kelantan adalah gedung khazanah ilmu seni warisan.
Saturday, May 22, 2010
Friday, May 21, 2010
Main seluk-seluk
Terkenang zaman kanak-kanak, masa tu kita suka main seluk tangan dalam lubang untuk mencari anak burung atau ikan. Mungkin kerana otak masa tu masih 'kecil", tak pernah terfikir bahaya patukan ular tedung atau haiwan berbisa lain. Bila dah dewasa, kadang-kadang tersenyum juga melihat kawan-kawan yang masih buat kerja seluk-seluk, walaupun ikan atau burung dah tak ada, mereka mengharapkan sesuautu yang kita sendiri tak faham. Bila sesekali bertemu buku dengan ruas... sepatutnyalah mereka meraung-raung.
Thursday, May 20, 2010
Runsing...
Ramai orang yang runsing dan resah kerana tiada kerja. Manakala tukang-tukang saya pula risau kerana terlalu banyak kerja. Rezeki yang datang dan berjalan di atas tangan kita mungkin milik anak-anak , kawan-kawan dan saudara mara kita. Dah dapat jangan pula riak, sombong , kedekut dan mula lupa diri.
Berlebih kurang
Hidup ini akan jadi susah kalau kita tak boleh berlebih kurang. Sikit-sikit kena cubit dan kena perli tu asam garam dalam kehidupan. Jika semua perkara kita nak ambil hati dan nak ambil kira, darah akan menyirap ke kepala dan boleh jadi gila. Seperti selalu, yang lebih kita bagi pada orang, yang kurang dan lemah itulah kita. Kalau nampak orang nak menanduk lebih baik kita tunduk dan berlalu dari situ. Bahaya kalau tunggu, nanti sama-sama dunggu.
Kunjungan Sahabat - Dr Kamal
Alhamdulillah sahabat saya Dr Kamal sudah hampir pulih sepenuhnya. Beliau sempat singgah sekejap ke teratak saya bersama seorang rakannya dari Sarawak. Kunjungan beliau ialah untuk mengambil pisau yang telah siap disarungkan. Manakala sahabat dari Sarawak pula ingin berjinak-jinak dengan keris dan budaya Melayu. InsyaAllah keris-keris kecil akan siap dalam minggu ini atau minggu depan. Harap bersabar.
Wednesday, May 19, 2010
Guru dan berguru
Pelajar hari ini kurang ajar kerana mereka tidak minat belajar dan dipaksa untuk belajar. Bagi mereka yang "menuntut" terpaksa menagih belas ihsan guru untuk setitis ilmu. Betullah kata seorang sahabat, hari guru akan jadi lebih indah jika jadi hari "berguru".
Anak muda dan keris
Permintaan terhadap senjata-senjata warisan terutamanya keris dan badik telah menimbulkan satu fenomena baru terutamanya melalui internet. Ramai anak-anak muda yang sebelum ini "buta" telah celik dan mula meraba-raba untuk mencari kembali budaya mereka.
Tuesday, May 18, 2010
Mengimbas kenangan masa muda-muda
Sokong membawa rebah..
Kadang-kadang kita sokong apa sahaja yang dibuat oleh sahabat kita, tak kira betul atau pun salah. Ini bukan jenis sahabat sejati, tetapi kawan yang rosak hati. Jangan kita butakan mata, pekakkan telinga mengiyakan apa sahaja yang dibuat dan diperkatakan oleh sahabat kita. Berilah teguran, kerana itulah yang dipanggil sahabat.
*jadilah pengkritik yang baik pada seorang sahabat
*jadilah pengkritik yang baik pada seorang sahabat
Monday, May 17, 2010
Anak alang Baru RM370.00 ( SOLD OUT )
Saturday, May 15, 2010
Pertubuhan atau persatuan....
Apa guna kita berpersatuan atau berpertubuhan. Nombor wahid ialah untuk bersatu dan berada di bawah satu payung dan satu bumbung. Yang kedua untuk untuk menjaga kebajikan para ahlinya. Yang ketiga ialah nasihat menasihati sesama ahli agar sentiasa berada di landasan yang benar dan tidak menyeleweng dari jalan yang lurus serta jauh dari tamak haloba dan dengki ahmak.
" Gayong bergayut kata bersahut"
Friday, May 14, 2010
Mendirkan keris...
Seorang sahabat dari Kedah Negeri yang Aman menelefon saya bertanyakan hal keris berdiri di tepi sampir. Persoalan yang bermain dalam kepalanya adakah keris itu berdiri kerana khadam atau kuasa ghaib. Jawaban saya ialah :
1. Jika berdiri di tepi sampir ia menumpang dan distabilkan oleh sampir. ( pendirinya kurang mahir dalam konsentrasi)
2. Berdiri sendiri tanpa sampir. ( ia distabilkan oleh kuasa minda si pendiri yang kuat konsentrasinya)
Wallahualam.
1. Jika berdiri di tepi sampir ia menumpang dan distabilkan oleh sampir. ( pendirinya kurang mahir dalam konsentrasi)
2. Berdiri sendiri tanpa sampir. ( ia distabilkan oleh kuasa minda si pendiri yang kuat konsentrasinya)
Wallahualam.
Apa dah jadi...
Apa dah jadi dengan masyarakat kita. Kes kematian pelajar sekolah akibat ditembak polis patut menjadi pengajaran. Polis yang menjalankan tugas menjaga keamanan tidak mendapat pembelaan sebaliknya dihadapkan ke mahkamah, sedangkan pelajar yang memandu tanpa lesen, langgar kenderaan orang lain, tidak ikut arahan polis mendapat sokongan seluruh negara. Samalah dengan keadaan di sekolah, apabila guru mengambil tindakan terhadap pelajar semua jadi tak kena, guru yang salah. Kalau guru tak ambil peduli pun tak betul juga. Entahlah labu....
Thursday, May 13, 2010
Diam lebih baik...
Dalam sesetengah perkara, diam lebih baik dari bercakap. Antaranya ialah dalam perkara yang kita tidak begitu arif atau maklum, lebih baik kita menadah telinga daripada membazir air liur. Perkara lain yang kita patut diam ialah apabila lawan bercakap kita degil dan keras kepala, lebih baik kita diam dan angkat kaki sahaja. Bukankah banyak kerja lain lagi dalam dunia ini selain daripada bertekak dan berhujjah yang boleh kita lakukan.
Singkatnya....
Hidup ini amat singkat, berapa lama usia kita? Lihatlah sahabat dan kenkawan kita, semalam sihat dan segar bugar, hari ini nazak. Ini giliran orang, giliran kita?
Wednesday, May 12, 2010
Tuesday, May 11, 2010
Monday, May 10, 2010
Kembali menjadi budak...
Menguruskan persatuan, pertubuhan atau badan sukarela memerlukan banyak komitmen dan juga musyawarah. Pertubuhan/persatuan bukan tempat untuk mencari wang atau nama. Dalam konteks persilatan, persatuan silat ialah alat untuk memudahkan ahli-ahlinya bergerak dengan mudah berlandaskan peraturan dan undang-undang. Ramai yang tidak pernah ada persatuan dan menjadi ahli mana-mana pertubuhan pun tetapi memiliki ilmu persilatan. Pokok pangkalnya, jadikan persatuan silat sebagai sesuatu yang boleh membantu memudahkan aliran ilmu kepada generasi muda, bukannya tempat wang generasi muda mengalir ke dalam persatuan walaupun ilmu itu tidak boleh dinilai dengan sekelumit wang.
Sebatang besi...
Besi asalnya dari langit, diturunkan/dihantar oleh Allah kepada manusia. Ia mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana kekuatan dan kekerasannya. Kerana aqal dan kebijaksanaan yang diberikan Allah kepada manusia, besi dapat ditakluki dan boleh digunakan oleh manusia. Tetapi besi juga boleh menggugat aqidah manusia jika salah urus dan salahfaham. Jangan kerana besi kita pula diurus oleh syaitan dan menjadi hamba mereka.
Tipu daya...
Dalam perjalanan kita untuk ke destinasi. Seringkali di katakan akan ada permainan-permainan dan bunga-bunga menghiasinya. Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita dalam perjalanan dan sentiasa diuji dari kiri dan kanan. Dalam skop hobi berkeris pula tak kurang dengan dugaannya. Syaitan akan mencari apa jua ruang sehingga kita berasakan bahawa tidak salah bersekongkol dengan mereka, kerana mereka bukan syaitan,jin,iblis. Tetapi dalam rupa yang lebih baik iaitu khadaaaam yang menjaga keris, yang juga boleh menjaga tuan yang empunya keris. Dalam perjalanan ini juga, apa yang sering kita lupa ialah malaikat yang berada di kiri dan kanan kita, mereka sentiasa mencatat baik buruk pekerjaan yang kita lakukan. Kepada sahabat-sahabat semua, marilah kita membebaskan diri daripada sebarang unsur syirik, samada khafi atau jali dalam apa jua bidang. Semoga kita mendapat bimbingan dan rahmatNya.
Sunday, May 09, 2010
Bermain dengan kerambit
Apabila kerambit di tangan seorang yang pakar ia menjadi sangat berbahaya. Untuk menjadi seorang yang pakar dalam sesuautu bidang, bukan sedikit masa harus dihabiskan untuk memahirkan diri. Dalam melibas dan merembat kerambit guru selalu mengingatkan agar tangan yang tidak berkerambit (kiri) tidak menerawang tidak tentu arah. Risau juga apabila memikirkan bagaimana lajunya pakar kerambit menggerakkan kerambitnya hingga seolah-olah tidak kelihatan bilah kerambit di tangan, hebat. Apabila selesai merembat dan melibas didapati jari-jari tangan sebelah kiri dan tinggal 3, lengan baju dah koyak dan terdapat 3 atau 4 liang luka.
*selamat menjalani rawatan di hopital
Saturday, May 08, 2010
Merdeka
Dalam persilatan latihan tapak dan gerakan asas amat penting. Bagaimana nak bersilat jika langkah dan tapak kita bukan tapak silat. Maju dan undur mesti dalam tapak silat. Bagaimanapula nak menyerang dan menepis atau membuang serangan lawan jika tidak ada asas serangan dan belaan. Sehubungan itu semua ilmu tadi merupakan latiahan awal yang mesti dititikberatkan. Apabila dah selesai "kelas tadika" tadi, sudah mula mengenal huruf dan pandai main masak-masak dan sesetengahnya pula sudah pandai membaca, maka kita ke sekolah rendah untuk pelajaran yang lebih sesuai dengan usia anak-anak kita. Mempelajari buah tangkapan, pukulan dan pentas, tapi perlu diingat pada peringkat ini terlalu banyak babak lakonan yang diajar. Anda masih berlakon kalau menghafal.
















































