Thursday, February 25, 2010

Tip penjagaan keris

Semasa melihat atau membelek keris elakkan daripada menyentuh bilah/mata keris. Jika perlu satu tangan memegang hulu dan jari telunjuk melapik hujung mata keris sahaja, jangan dilurut mata keris kerana ia akan meninggalkan wap masin peluh pada bilah yang akan meyebabkan keris mudah berkarat.

Keris juga jika perlu dibersih dan diminyakkan sekali sekala. Jika karat biasa cukuplah hanya dengan limau nipis sahaja. Belah limau kepada dua dan sapulah mata menggunakan belahan limau tadi hingga keluar karat. Kemudian bersihkan dengan air besih/sabun. Lap hingga kering. Kemudian sapukan minyak keris. Kemudian biarkan ia betul-betul kering,barulah dimasukkan ke dalam sarung. Jika menggunakan minyak cendana ia tidak perlu lagi menggunakan haruman atau minyak wangi lain.

7 comments:

  1. salam. di mana boleh saya dapatkan minyak keris?

    ReplyDelete
  2. Ada macam-macam minyak keris, saya hanya jual minyak cendana sahaja utk dijadikan minyak keris

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk tips penjagaan keris...saya ni tengah berjinak-jinak dengan keris.saya beli keris jawa luk 13 dekat sarawak...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya di manakah boleh saya dapatkan maklumat penuh tips penjagaan keris? Saya langsung tiada asas ilmu keris dan baru2 ini saya telaH memberi mahar utk sebilah keris tajung

    ReplyDelete
  5. adik cuba tanya pada orang yang jual keris pada adik tu, mungkin dia boleh bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, saya ingin bertanya saya ada sebilah keris arwah ayah saya keris kecil dan pendek. Saya tak tahu keris jenis apa dan tak pernak berjaga. Baru baru ni saya baru je hantar untuk betulkan sarungnya. Boleh saya dapatkan bantuan abang? Berkenaan penjagaan dan sebagainya? Emel atau nombor whatsapp kalau ada

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.