
Sunday, January 31, 2010
Semudah itu...
Dalam dunia moden hari ini wang amat-amat diperlukan. Untuk mendapatkannya maka pelbagai jalan dicuba. Ada jalan yang biasa dan ada jalan yang luar biasa. Ada yang menjual produk dan ada yang menjual cerita. Ada juga yang menjual harapan dan impian. Kadang-kadang sepotong kayu biasa yang harganya cuma RM50.00 dikatakan menjadi penawar,ubat dan seribu macam khasiat lagi. Ada juga yang menjual ilmu haqiqat, hanya dengan bahan-bahan tertentu dapat membuka aura, cakra dan macam-macam lagi. Semudah itukah jalan untuk kita mengenal? Adakah ilmu-ilmu ini boleh dibeli dengan wang ringgit? Kalau begitu murah harganya, tentu semua orang mampu memilikinya.
*berhati-hati di jalanraya takut terserempak dgn buaya
Friday, January 29, 2010
Bersiaran dari Manjong
Cuti jumaat sabtu minggu ini hajat untuk ke bengkel tukang tak kesampaian. Memenuhi jemputan bapa saudara, saya ke Manjong untuk majlis perkahwinan. Sepanjang perjalanan dari KB ke Manjong banyak mengimbau kenangan saya semasa bertugas di Parit selama 5 tahun. Seperti haruan pulang ke lubuk saya singgah sekejap untuk solat jumaat di Masjid Besar Pekan Parit. Sempat juga menciluk sekejap ke kedai tukang jahit untuk tempah 2 helai seluar. almaklumlah sudah biasa dengan seluar cap parit, sesekali singgah mesti tempah, amat sesuai dengan selera saya kerana keselesaannya. Sempat juga bertemu dengan beberapa orang rakan lama antaranya ialah En.Ramdzan, Abang Man Frozen Food, Mior dan juga Hj Halim. Hati masih lagi tersangkut kat Pekan Layang Kiri, terkenang sahabat-sahabat karib seperti Pak Abu, Pak Hashim, Mat Beca, Pak Hassan dan rakan-rakan qariah masjid yang lain. Kalau ikut program rombongan, rasanya tak sempat singgah untuk berkunjung ke laman sahabat-sahabat. Maaf juga pada Pendekar Sg Siput kerana masa tidak mengizinkan untuk singgah. Begitu juga pada Pak ngah Izahar dan Ustaz Khalid, InsyaAllah trip lain saya akan singgah untuk melepas rindu pada sahabat semua.
Thursday, January 28, 2010
Kenapa berlaku pada ku....
Kadang-kala terfikir juga kenapa sesuatu tragedi/perkara buruk berlaku pada kita. Apa salah kita? Apa dosa kita? Kalau direnung dalam-dalam nescaya terserlah jua hakiqat indahnya pekerjaan Allah s.w.t terhadap hambaNya. Mungkin ia sebagai satu batu loncatan untuk mengangkat darjat kita, mungkin juga untuk mengingatkan kita agar jangan alpa. Mungkin juga untuk mengajar kita hakikat yakin dan hakikat sabar.
*tidak diuji juga merupakan satu ujian
Wednesday, January 27, 2010
Harap bersabar..
Kepada sahabat-sahabat yang setia menunggu produk saya mohon maaf banyak-banyak. Ini kerana keris gelanggang dan keris baru kategori sederhana masih tidak muncul-muncul. Almaklumlah kerja menggodam besi bukan seperti menguli tepung kek dan tukang juga banyak komitmen untuk tempahan-tempahan lain. Manakala kepada sahabat yang berminat dengan badik mampu milik, masih terdapat beberapa bilah tetapi masih berada dalam bengkel tukang sampir. Terima kasih semua. Semoga sahabat semua masih ceria untuk meneruskan tahun 2010 ini.
Tuesday, January 26, 2010
Menjaga diri dan ahli keluarga...
Jagalah diri kita dan kelurga kita dari api neraka. Jagalah aurat kita dan juga aurat anak-anak gadis kita. Mungkin kita kata tak apa-apa kerana semua orang lain juga tak menutup aurat. Tapi bagi kita yang faham sanggupkah kita menjawabnya begitu di padang masyar nanti.
Maruah..
Setiap insan ada maruah. Jangan kita gadaikan maruah diri hanya kerana ingin mengejar pangkat dan wang. Jangan jadi pembodek, pengampu atau tukang "pump". Jangan pula membiarkan pemikiran dan pendirian kita dijajah. Berpegang teguhlah pada pendirian berdasarkan ilmu dan iman.
Monday, January 25, 2010
Sekali sapu....
Allah Maha Kaya dan Maha Adil
Dalam kehidupan, sesekali kita merintih kerana kekurangan dan kelemahan diri. Sesekali juga kita bersedih apabila teraniaya. Tapi tuhan itu Esa, tiap apa yang berlaku lihatlah dari sudut yang positif. Musibah yang menimpa kita anggap sebagai satu ujian untuk kita sebagai hambaNya yang terpilih untuk diuji. Jika kita teraniaya, kita serahkan kepada tuhan kerana Ia Maha Adil dan Maha Bijaksana. Usahlah kita kalut-kalut pula memikirkan urusan Tuhan. Fikirkan urusan kita sehari-hari dalam meneruskan penghidupan di bumi bertuah ini.
Sunday, January 24, 2010
Kerja untuk orang
Kita kadang-kadang terlalu sibuk bekerja untuk meninggalkan habuan bagi orang lain . Sedangkan kerja dan habuan untuk diri sendiri tak pernah diambil kira. Untuk siapakah wang yang banyak jika tak sedekahkan. Pastikah kita bahawa wang yang kita tinggalkan akan membantu kita. Fikir-fikirkan
Sampir Tebuk

Industri pembuatan senjata di Kelantan agak unik terutamanya dalam pembuatan sampir tebuk. Sampir atau sarung golok/pisau melapah versi kelantan biasanya hanya ditebuk dari sepotong kayu. Rahsianya terleatak pada pengunaan peralatan yang direka oleh tukang-tukang. Peralatan ini tidak dijual dikedai-kedai sebaliknya ditempa mengikut keperluan tukang sampir.
Antara kayu kegemaran tukang dan mendapat permintaan tinggi dari pelanggan ialah sampir kayu nibong. Antara seorang tukang sampir golok dari nibong ialah Abang Man Kg Perangkap.
Saturday, January 23, 2010
Alfatihah..
Alfatihah... Takziah diucapkan kepada Sdr.Ikram kerana ayahandanya telah kembali kerahmatullah 2 hari lepas. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama shuhada dan solihin.
Stok terbaru teras gemunggal
Ini adalah stok terbaru teras gemuggal yang saya miliki. Terdapat pelbagai pendapat mengenai teras gemunggal. Ada yang mengatakan jika ia asli warnanya hitam.
Ada juga yang mengatakan jika asli ia tenggelam di dalam air.
Mengikut pengalaman saya, warna teras gemunggal selalunya dipengaruhi oleh faktor tanah tempat ia tumbuh. Teras gemunggal juga akan berubah dari lain-lain warna kepada hitam jika selalu dipakai. Tidak semestinya semua teras gemunggal tenggelam, kerana walaupun dari pokok yang sama dan dari keratan kayu yang sama. kadangkala ada yang tenggelam dan ada yang tidak tenggelam.
Ada juga yang mengatakan jika asli ia tenggelam di dalam air.
Mengikut pengalaman saya, warna teras gemunggal selalunya dipengaruhi oleh faktor tanah tempat ia tumbuh. Teras gemunggal juga akan berubah dari lain-lain warna kepada hitam jika selalu dipakai. Tidak semestinya semua teras gemunggal tenggelam, kerana walaupun dari pokok yang sama dan dari keratan kayu yang sama. kadangkala ada yang tenggelam dan ada yang tidak tenggelam.Friday, January 22, 2010
Sepuh
Mengikut Kamus Dewan, sepuh bermaksud "mengeraskan besi dengan membakar dan mencelupkan dalam air". Bagi senjata yang memerlukan ketajaman mata seperti pisau melapah, disamping penggunaan besi baja yang berkualiti kemahiran menyepuh oleh tukang juga menjadi faktor penting. Besi yang dibakar pada suhu tinggi akan dicelup ke dalam air berdasarkan warna pada besi yang sedang terbakar. Antara bahan yang menjadi celupan ialah air, air tanah liat dan minyak hitam.
Kepakaran seorang tukang besi akan lebih terserlah jika ia mahir dalam kerja-kerja menyepuh. Ini kerana dalam kontek pembuatan senjata tradisional tukang-tukang tidak mempunyai alat bagi menyukat suhu yang tepat semasa menyepuh. Mereka hanya membuat agakan berdasarkan warna besi yang terbakar, sama ada biru, putih, kuning atau pun merah.Tukang besi
Di Kelantan istilah tukang besi merujuk kepada mereka yang terlibat dalam bidang penempaan besi. Kerja-kerja mereka ialah membakar,menggodam,mencampur dan membentuk besi kepada "bakalan". Kemudian bakalan akan disiapkan melalu kaedah mencanai sebelum menjadi senjata. Kerja tukang besi banyak memakan tenaga dan mesti tahan panas. Tanpa tukang besi, industri hiliran lain seperti melurah, mencanai,membuat sarung tidak akan berlaku. Biasanya kerja tukang besi adalah warisan turun temurun. Ia bukan sahaja kerana kudrat tetapi juga kerana bakat.
* bakalan - bentuk asas sesebilah senjata sebelum dicanai
Badik pamor mampu milik RM140.00 termasuk pos dalam Semenanjung HOLD ON (Bad Kn)
Thursday, January 21, 2010
Terlalu teknikal
Kadang-kadang kita terlalu gigih untuk memahami sesuatu secara teknikal. Apabila kita kelihatan memahami sesuatu secara detail sesekali kita berasa "wow" pandainya aku. Alangkah moleknya kalau kesungguhan kita tadi kita gunakan untuk "mengaji" dan "mengkaji" ilmu tauhid yang sudah pasti amat berguna sebagai penerang jalan untuk kembali nanti.











































