Saya akan menghentikan urusan perniagaan keris dan lain-lain produk jualan mulai 10/10/2009 dan InsyaAllah perniagaan akan dijalankan semula pada awal tahun hadapan. Penutupan sementara ini dilakukan kerana InsyaAllah pada tahun ini saya akan menunaikan Ibadat Haji di Tanah Suci Makkah.
Sehubungan itu saya seboleh-bolehnya ingin menyelesaikan segala urusan yang bersangkut paut dengan perniagaan sebelum 10/10/2009. Saya juga merayu kepada mana-mana pelanggan jika saya terhutang dengan mereka agar menghubungi saya untuk diselesaikan urusan dengan segera.
Kepada sahabat-sahabat yang menempah barang/senjata, jika ada yang siap dalam tempoh berkenaan sebelum saya berangkat ke Tanah Suci akan saya hubungi untuk makluman, jika tidak siap InsyAllah urusan akan bersambung sekembalinya dari Tanah suci jika diizinkan Allah.
Saya juga ingin memohon ribuan kemaafan pada pelanggan-pelanggan, pengunjung-pengunjung blog, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang mengenali saya melalui blog ini dan juga di alam nyata jika ada salah dan silap sepanjang berurusan atau sepanjang mengunjungi blog saya ini.
Doakan agar saya dan Isteri selamat pergi dan selamat menunaikan Rukun Islam yang Kelima serta selamat kembali.