Ramai orang bercakap tentang ilmu mengenal diri, tentang Ketuhanan, makrifat dan hakikat. Cakapnya berdegar-degar dan terlalu lancar, titik koma langsung tak ada. Semua benda seolah-olah sahabat kita dah rasa. Laut darat dan langit seolah-olah sahabat kita dah teroka. Terfikir juga oleh saya boleh sampaikan pada tujuan kalau sekadar bercakap tanpa buat....... . Mulakan langkah pertama itu.
Benar cikgu. Di zaman ini maklumat dengan ilmu sering disalah faham. Sekadar mempunyai maklumat tentang hakikat tetapi tidak pernah menjalani perjalanan hakikat adalah umpama burung tiong yang hanya tahu berkata-kata tapi tak tahu apa benda.
ReplyDelete