Soalan :Kalau boleh bertanya, panjang lembing ( dari hujung mata sampai hingga hujung batang ) paras mana? adakah paras dada, paras kepala atau paras pusat ? Dan juga dari pengamatan cikgu teknik silat tongkat kelantan ( tongkat paras pusat ) bolehkah diaplikasi untuk permainan lembing? -
SostiramJawaban:-Pada pendapat saya sebagai seorang pengamal persilatan yang menggunakan lembing sebagai salah satu daripada senjata latihan, saiz yang sesuai ialah hujung bilah lembing sekurang-kurangnya mesti melebihi paras kepala.
- Dari pengamatan saya juga teknik silat tongkat kelantan boleh diaplikasikan dalam permainan lembing, tetapi tidak semuanya. Ini kerana lembing mempunyai bilah. Sehubungan itu serangan lembing lebih bertumpu pada bilahnya. Manakala serangan tongkat pula boleh menggunakan kedua-dua putingnya tanpa had.
- Saiz lembing adalah lebih panjang dari tongkat kelantan (paras pusat), cara memutar, melibas juga turut berbeza.
- Yang paling penting, cara tikaman lembing lebih menyerupai tikaman bennet tentera.
Wallahualam.