sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, November 05, 2017

Rezeki

Murah rezeki itu terbahagi dua.. Pertama rezeki yang halal dan kedua rezeki yang haram. Buatlah pilihan bijak

Jalan mengenal

Iman itu percaya. Jika tidak percaya mana mungkin kita dapat membuka pintu hati untuk menerima perkara2 yang tidak masuk aqal. Cuma iman sahaja yang dapat membenarkanya.

Tak mampu menahan

Dalam dunia hobi senjata sebahagian kolektor mempunyai minat yang mendalam untuk mendapatkan koeksi yang "rare". Seringkali kerana kegahirahan mereka lupa mereka sudah terjebak dalam lorong-lorong hitam pasaran senjata. Jangan digadaikan prinsip-prinsip kebenaran dan agama demi memiliki besi buruk yang tentunya kita akan dihitung diakhirat kelak

Thursday, November 02, 2017

Jalan mengenal

Mereka yang dibuka pintu hatinya oleh Allah akan jaan mengenal maka mereka dahagakan pencerahan dan pengisian ilmu. Retorik dan ceita-cerita sembang kedai kopi tak akan mampu memberi mereka kepuasan. Tiada siapa mampu menahan rezeki mereka. Membujur lalu melintang patah

Kaedah Menuntut ilmu

Jangan ada dengki sesama kita, hasad dalam dada itulah yang menyebabkan perjalanan terbantut. jika digali dalam martabat nafsu, selagi kita asyik menghitung kejayaan orang lain dengan hati yang hitam kita masih lagi berada di bawah iaitu Ammarah.

Saturday, October 21, 2017

Jazakalllah

Tidak akan jatuh martabat atau hilang hebat jiak kita mengucapkan perkataan terima kasih

Sunday, August 20, 2017

Perjalanan ini

Satu pertanyaan yang memerlukan jawapan ikhlas oleh mereka yang ingin mencari jalan pulang dengan ilmu mengenal diri.
Soalan 1 : Di manakah sepatutnya kita bermula dalam perjalanan ilmu mengenal diri?
Soalan 2 : Apakah tujuan kita ingin mengenal diri ?


Jawablah dengan hati yang ikhlas, setakat mana kita sudah memulakan perjalanan dan setakat mana kita mula mengenal.

Allahuakbar

Thursday, May 11, 2017

Rasa rugi...

Bukan rugi kerana tak sempat belajar ilmu silat, bukan kerana tak sempat menuntut ilmu besi, bukan keran tak sempat belajar ilmu bomoh, bukan keran tak sempat belajar ilmu mengukir.... tapi tak sempat nak tilik menilik diri sendiri

Rahsia perjalanan

Tidak semua rahsia pengalaman dan perjalanan kita dalam mencari hakikat diri boleh dikongsikan bersama teman-teman dan rakan taulan. Ada yang terlalu peribadi dan khusus untuk diri kita sahaja. Jika dikongsikan ia bukan rahsia lagi dan mungkin bakal menimbulkan fitnah.

Pedang Melayu RM450.00 termasuk pos laju dalam Semenanjung


panjang keseluruhan 28 inci
Panjang mata 21.5 inci
Kemasan tembaga kuning

Monday, April 03, 2017

Badik Pupuk

Badik pupuk ialah antara badik Kelantan yang terkenal. Besi pupuk merujuk kepada besi baja yang ditambah pada bahagian belakang badik. Biasanya besi baja itu kan menjalani proses peretakan melalui teknik bakar dan patahkan. Badik pupuk yang pecah pada bahagian belakangnya dikenali sebagai "gat". Bagi mereka yang menyukai mistik mereka beranggapan ia sebagai tanda menhalang kemaraan musuh . Namun realiti tidak akan diatasi oleh fantasi. Jika kita memahami proses pembuatan dan faham akan sifat besi maka mistik itu akan berlalu begitu sahaja. Ini kerana manusia lebih mistik dari besi batu dan kayu.

Thursday, March 02, 2017

Apa yang terkorban dalam hobi kita?

Kerana fanatik dengan hobi kita korbankan banyak perkara yang berkaitan dengan amalan baik dalam agama seperti sedekah, kenduri, membantu anak-anak yatim. Kita juga mengabaikan ibadat-ibadat lain kita seperti ziarah dan umrah ke Tanah suci sebagai tanda cinta kita kepada Rasulullah. Apakah hobi yang kita taksub ini dapat menolong kita pada saat sakratul maut dan menepis azab kubur.