sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Monday, September 05, 2016

Pragmatik

Pragmatik ni ibarat pok ko angguk. Dia berubah kalar sokmo-sokmo. Bagi ambo pulak dan kita kata kambing tetap kambing walaupun terbang.

Sunday, September 04, 2016

Redha

Jalan terus, kau cuma makan nasi dalam satu pinggan je sekali makan. Usah dirisau akan rezeki orang. Ingat rezeki kau hanyalah yang dah masuk kemulut dan kau telan serta hadam, rezeki kau juga ialah pakaian yang membalut tubuhmu pada waktu ini. Yang lain redha sahaja atas ketentuan Allah.

Sahabat sejati

Tidak ramai yang mampu menjadi sahabat sejati sepanjang perjalanan hidup kita. Kita mungkin mempunyai ramai kawan dalam sekerja, ramai rakan persatuan, rakan-rakan kedai kopi, kawan-kawan sehobi, kawan-kawan dalam perniagaan. Namun untuk mendapatkan sahabat sejati boleh dikira dengan jari.