sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, March 31, 2016

Bersilat

Akhir bersilat bukan dengan sepak terajang tetapi dengan Kalimah Tauhid . La ila haillallahu Muhammadarrasulullah. Sehebat dan setangkas mana pun langkah semasa berpencak jika tewas di akhir kalam tidak berguna.

Wednesday, March 30, 2016

Merenung Kebesaran Allah

Melihat kebesaran Allah melalui alam. Alam terbahagi dua untuk direnung. Ada alam besar dan ada alam kecil. Kedua-duanya memberi manafaat jika dilihat dengan mata fikir dan akal yang jernih. Namun tiada kesudahannya jika tidak dilihat dan direnung alam kecil iaiitu hakikat diri insan itu sendiri. Ini kerana manusia ialah sebaik-baik kejadian.

Tuesday, March 29, 2016

Alang Patani Antik RM1000.00 termasuk pos laju dalam semenanjung (SOLD)

Add caption
Add caption


















Panjang keseluruhan 18 inci
Bilah 13 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena
pendokok tembaga
antik keseluruhan

Saturday, March 26, 2016

Sunday, March 20, 2016

Rindu

Berkongsi pandangan anak buah.  .......Katanya rindu pada tuhan....apa yang kau rindukan kalau fardhu ain pun tak kau selesaikan. Kau brcakap pasal rindu tuhan ketika kau masih bergelumang dalam hadas kecil dan hadas besar.

Saturday, March 19, 2016

Lawi Ayam - Rahsia bangsa Melayu

Di manakah kehebatan permainan senjata lawi ayam atau dikenali juga sebagai kerambit. Lawi ayam (kerambit) adalah senjata sulit atau rahsia orang Melayu.Pada zaman dahulu amat sukar untuk melihat permainan kerambit diajar secara terbuka. Ini kerana untuk menjaga kerahsiaan permainannya. Ia tidak ditonjolkan atau diselit dipinggang seperti keris dan badik. Bentuknya yang kecil dan biasanya bewarna gelap kerana ia lebih senang disembunyikan berbanding warna-warna yang terang. Bentuk lawi ayam yang melengkung dan tersembunyi dalam penumbuk amat merbahaya kerana kehadiranya sukar dikesan. Serangan kerambit biasanya berlaku dalam keadaan kalut dan tidak terduga. Ini kerana ia adalah senjata yang sebati dengan penumbuk. Cuma ia menyerang dengan cara yang tersendiri. Dalam perlawanan sebenar tidak perlu memusing-musing kerambit bagi menonjolkan kehebatan. Ini kerana ia sudah menjadi senjata yang tidak rahsia lagi.

Orang-orang Melayu terdahulu juga jarang melakukan persembahan atau demonstrasi di tempat kahwin atau keramaian bagi permainana lawi ayam. Ini kerana permainan lawi ayam bukan jenis senjata yang terhunus untuk dipertontonkan. Apatah lagi sifatnya yang tidak langsung menyerlah. Adalah tidak logik apabila seorang penyerang tangan kosong terus melancarkan serangan tangan dan kaki tatkala melihat lawannya bersenjatakan kerambit.

Bahagian tajam pada mata kerambit yang disepuh sekadar satu inci sudah cukup untuk merobek dan melukai kulit musuh. Lawi ayam tidak perlu setajam pisau sembelih atau pisau lapah. Ini kerana senjata orang Melayu ialah senjata yang kejam. Ia memberi kesakitan dan bisa kerana seretan hujung kerambit yang tidak terlalu tajam. Jika terlalu tajam musuh tidak sedar ia telah terluka akibat hirisan senjata dan akan terus melawan. Sebaliknya bila ia sedar ia telah cedera kemungkinan untuk menamatkan serangan atau melawan adalah lebih tinggi. Generasi lama silat sentiasa memegang teguh rahsia permainan lawi ayam / kerambit kerana menganggap ia adalah rahsia Melayu. Zaman sudah berubah, lawi ayam / kerambit kini sudah menjadi senjata popular bukan sahaja bagi bangsa Melayu dan Nusantara tetapi sudah menjadi kelengkapan wajib bagi tentera USA, Australia dan Israel. Ironinya bangsa Melayu masih lagi fobia dan tergagau-gagau dan berpolemik apakah beza antara kerambit dan lawi ayam.


Friday, March 18, 2016

Lawi ayam Rm120 termasuk pos laju dalam Semenanjung ( SOLD)

Add caption

Panjang kesluruhan 7 inci
Bilah 3 inci
Hulu kemuning
Sarung sena

Lawi Ayam RM150.00 termasuk pos dalam semenanjung


Panjang keseluruhan 7 inci
Bilah 3 inci
Hulu sarung kemuning
Tmim tanduk

Parang Lading RM300 termasuk pos laju dalam semenanjung


Panjang kesluruhan 19 inci
Panjang bilah mata 13 inci
Hulu sena ( cat hitam)
Sarung kayu sentang.
Temim tembaga

Monday, March 07, 2016

Amalkan

Ilmu untuk diamalkan, bukan sekadar untuk disembang-sembangkan. Belajar dan menuntut ilmu untuk baiki diri sendiri bukan untuk sibuk nak membaiki orang lain. Ilmu bukan sekadar dijadikan zikir yamg diulang-ulang menyebutnya tetapi biarlah menjadi diri.

Sunday, March 06, 2016

Bercakap

Jangan kita mulakan perjalanan mengenal diri kita dengan banyak menghentam orang lain. Tumpukan perhatian untuk membaiki diri sendiri dengan penuh azam dan istiqomah. Bukan dengan rasa dendam, marah dan tidak puas hati.

Tajam

Bercakap bab tajam. Ramai bila berasakan pisau parang mereka tajam, mula menakir dan menebas. Perlu diingat pisau lapah bukan untuk tetak batu atau kayu. Kayu tak terjejas pisau pulu yang rongak ropong.

Saturday, March 05, 2016

Masa untuk bersendirian

Pentingkan diri sendiri. Potong mana yang patut. Kerat mana yang perlu.

Hipokrit

Ramai yang hipokrit. Ibarat menanam tebu di tepi bibir. Dengan diri sendiri pun kita berbohong, apatah lagi dengan orang lain