sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Saturday, June 27, 2015

Jangan sibuk

Jangan kita sibuk dengan ikan dalam perahu kawan. Sibukkan diri dengan pukat dalam perahu kita.

Wednesday, June 24, 2015

Belum masa

Bila dengar orang bercakap yang kita kurang faham, diam dan perhati cukuplah. Jangan nak memandai-mandai pula campur urusan orang. Jaga diri kita cukuplah.

Thursday, June 18, 2015

Melela lok 3 RM650.00 SOLD

Panjang bilah 11 inci.

Keris Beko berpamor RM3700.00

Add caption
Add caption



Add caption


Add caption

Panjang keseluruhan 21 inci
Panjang bilah 15 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena belak

Tuesday, June 09, 2015

Ada sifirnya

Buatlah apa pun kita ada petua dan sifirnya. Petua dan sifir ini diperolehi melalui pengalaman orang-orang terdahulu daripada kita. Contohnya dalam seni pertukangan dan ukir mengukir Melayu. Jalan yang dirintis oleh pengukir-pengukir dan tangan-tangan emas seblum kita mesti dituntut, bukannya ditilik semata-mata. Konsep, falsafah dan rahsia yang tersimpan mesti dikaji dengan teliti dan penuh adab. Bangsa Melayu merupakan bangsa beradap, jadi ilmunya juga mengalir melalui adap bukan biadap.

Lihatlah...

Apa yang kau lihat hari-hari. Adakah mata lendir kita sudah melihat ? Biasanya kita melihat tetapi dengan mata yang buta. Buta hakikat.

Friday, June 05, 2015

IBARAT


Ibarat

Kau mencari perumpamaan diri
Melayu ku bijak berkias
Telah lama Melayu kiaskan
Hulu bilah sarung kasut

Bilah sembunyi di dalam sarung
Ruh sembunyi di dalam jasad
Dua bersatu menjadi satu
Itulah ibarat di dalam aku

Tak akan cantiknya sarung
Tak akan cantiknya bilah
Kalau asing terpisah-pisah
Jasad dan jiwa bertukar resah

Bersatu bilah dengan sarungnya
Keliru pula tanpa ulunya
Ibarat insan tanpa tauhidnya
Pegang kejap menunjuk arah






Wednesday, June 03, 2015

Anak Alang RM900 (SOLD)


Panjang keseluruhan 11 inci
Panjang bilah 6.5 inci
Hulu perak
Sampir kemuning
Batang sarung sena
Add caption
Add caption



Tuesday, June 02, 2015

Anak Alang RM700.00 ( SOLD) hpz pd

Add caption
Add caption


Panjang keseluruhan 10 inci
Panjang bilah 6 inci
Pendokok tembaga
Ulu /sampir kemuning
batang sarung sena
Saiz selit