sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Wednesday, February 18, 2015

Debek

DEBEK

Mata pandok  debek
Ulu tandok kambin
Sapir butir pauh
Kayu seno kapong
Selit belan menadoh
Takdak dokok mas
Tak pakai tosor
Buat ambik ada
Bukan ngada-ngada
Bukan nyohor tunjok kuasa
Bukan nyohor kita kayo
Bukan nyohor kita biso
Ilmu sipe dale dado
Buat tepih mara bahayo
Pakai besi ambik raso
Allah jua Maha kuasa




Friday, February 13, 2015

Ilusi

Kita hidup dalam impian dan angan-angan. Kita kasih pada orang-orang yang alim dan warak. Tapi sejauh mana kita berusaha untuk faham dalam amal ibadat kita kepada Allah. Tugas Tok guru sudah selesai belajar dan mengajar. Namun kita belajar pun belum, usahkan menuntut. Nak tunggu bila lagi..?

Badik lurah besi kuning RM510.00 termasuk pos laju dlam Semenanjung ( SOLD)


Panjang keseluruhan 10 inci
Panjang bilah 6.5 invi
Hulu/sampir/kasut kemuning
Batang sarung serian
Bahan 90% tembaga 10 % besi

Saturday, February 07, 2015

Jambatan

Sanggupkah kau menyeberang jambatan itu. Kalau kau berani..... galang gantinya sedang menanti. Allahuakbar.

Masa terus berlari

Terus menerus meninggalkan kita di takuk lama. Tidak berubah. Hanya mengintai-intai kesalahan dan kelemahan orang lain tanpa beriktiar untuk menguatkan diri sendiri.

Najis jadi baja

Seringkali kita memandang dengan sebelah mata, busuk dan menjijikkan. Namun tanpa sedar hampas itulah yang bakal menjadi baja menyuburkan dan menghijaukan bumi ini. Fikir jangan sekali, muzakarah mencari pasti. Jangan mencari kelahi nanti diri sendiri yang rugi.

Banyak helah

Apabila kita mendaki jalan berduri. Semestinya kita perlu banyak helah dan panjang akal. Jangan sembrono. Banyakkan muzakarah, bukannya kita seorang yang bersyarah. Sesekali kta kena herdik oleh guru. bukan apa sebab kita kurang cerdik.

Tuesday, February 03, 2015

Cara kalu nak bersilat....

Bila dah masuk taraf jurulatih atau gurulatih ilmu kena mantap dan diperhalusi. Cara mengajar juga kena belajar. Namun hari ini saya nak kongsikan satu ilmu yang perlu ada pada guru-guru yang hebat ketika nak berguru dengan guru-guru tua yang lagi hebat ilmu silatnya. Pertama kena ambik kira kebajikan guru-guru tua. Jika nak bermalam di rumah guru tua kita kena "bayar". Guru tua kita kebanyakan kerja kampung dan bukan orang kaya. Bila kita berkunjung ke rumah mereka kita bermalam sampai dua atau tiga hari. Guru tua dah tinggalkan kerja dia semata-mta nak mengajar kita yang datang dari jauh. Katalah kita datang 4 orang. Kalau kita sewa hotel berapa kita kena bayar untuk 2 malam. Istimewa lagi isteri guru jadi tukang masak pada kita. Kemudian kita dapat ilmu kelas A dari guru . Belajar sampai lewat pagi. Selfie lagi. Persoalannya berapa banyak "bayaran" kita pada guru tadi. RM50, RM100, RM150, RM200, RM300 atau RM500. Kalau kita bayar RM500 atau RM600 adakah terlalu banyak kita rasa? Fikirlah wahai guru silat gayong yang handal-handal lagi perkasa. Dengan ilmu dari dada gurulah kita menjadi guru.