sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292453
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, March 30, 2015

Nampak...

Apa yang kita lihat dalam perjalanan hidup ini. Di mana penyudahnya. Ahh.... ini soalan enteng, selalu orang tanya. Apa jawabnya. Kau lihat kemewahan, kekayaan, kau nampak tanah berekar-ekar, kau nampak segala zamrud dan permata berharga, kau nampak wang ringgit betimbun dan macam-macam lagi.  Tak salah mencari dunia dan segala isinya. Tapi jalan kematian itu pasti. Tidak berguna semua yang kita cari jika akhir kalam kita berada dalam kalangan insan yang tergelincir aqidahnya, syirik pada Tuhannya. Apa yang kau nampak dalam jalan kematian ini?

Menitilah....

Kita semua sedang menitinya sekarang. Halus, tajam dan menggerunkan. Silap langkah kecundang, Hanya yang meniti dengan ilmu, amal dan sabar sahaja mampu melintasinya.

Sunday, March 29, 2015

Bekal

Banyak yang kita kutip sepanjang perjalanan untuk pulang mengadap Qadi Rabbuljalil. Kerana terlalu seronok kita penuhi kantung kita dengan besi , batu dan kayu. Kita lupa untuk mengambil ilmu sebagai pedoman penyuluh jalan kegelepan. Mulut kita bertasbih namun hati kita mengir-ngira keuntungan yang sedikit.

Monday, March 23, 2015

Awe Sorang


Puko 4 pagi tak tido lagi
dok wat gapo awe?
Awe jawap... main 400

Ari jumaat tak kelik..
Dok mano awe?
Awe jawap... tepat pelago aye

Male ahad hile..
Gi mano awe?
Tepat belomba... muto ambo saing pinje

Awe oh awe
Mu nak jadi begapo?
Awe jawap.. nak jadi ore

Ngucap shahadat lagu mano awe?
Awe jawap.. bare mudoh
Nati ambo ngaji bila nok nikoh

Wuduk.. wudukk lagu mano Awe?
Awe jawap... ngaji doh jame skoloh
Bare mudoh bukenyo payoh

Semayang bang lagu mano Awe?
Awe jawap...buat sokmo dah
Jumaat 4 kali sebule jarang ambo miss

Awe ooo awe.. mu kato nok jadi ore.
Menuntut la Awe masa ada pelue.
Sikit ari takut tak de.
Ramai hak mati atas jale.

Friday, March 20, 2015

Antara seni dan mistik

Dalam keghairahan kita bermain hobi seni senjata dan besi, kita kadangkala tersalah arah kerana terlalu condong kepada dunia mistik. Kebiasaannya kita terpaksa membayar harga yang lebih mahal bila membeli cerita dan tidak smestinya cerita itu dapat dijamin kesahihannya. Berbeza jika kita membeli kerana nilai seni dan bahan nyata ia akan kekal dan boleh dinilai secara objektif,  kita akan lebih yakin kerana ia boleh dibelek2 dan dinialai oleh semua orang. Namun selera dan minat seseorang berbeza-beza. terpulanglah pada pemilik wang untuk menentukannya.

Friday, March 06, 2015

Berpada-pada

Kagum kita pada sesuatu perlu ada batasnya.