sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Friday, October 31, 2014

Alang RM900.00

Add caption
Add caption
Add caption

Panjang keseluruhan 26.5 inci
Bilah 20 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sena














Tok Chu Selit RM1200.00 SOLD

Add caption
Add caption
Add caption


















Panjang keseluruhan 14 inci
Bilah 8 inci
Besi Hitam
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena
Pendokok Tembaga

Melela Lok 5 RM1750.00

Add caption


Add caption

panjang keseluruhan 17 inci
bilah 13 inci
hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Monday, October 27, 2014

Kalut

Kalut mengutip sesuatu yang bakal ditinggalkan. Yang perlu dibawa tak dipedulikan.

Sunday, October 26, 2014

Teras kemuning hitam.... RM500.00


Add caption

Berat lebih kurang 2kg. Bentuk semulajadi.

Bersanad...

Molek amat kalau apa yang kita pelajari itu bersanad. Dalam seni tradisi pun begitu jua. contohnya apabila kita belajar ilmu silat, tidaklah ia jadi reka-rekaan atau ciptaan baru. Namun dalam ghairah kita nakkan ilmu yang bersanad, kita kadang-kadang lupa ilmu fardhu ain kita tu bersanad ke tidak? atau cuma ikut ikutan dari ilmu semasa kita belum aqil baligh. Pakat-pakat fikir kalu ada manafaatnya. Sanad ilmu silat belum tentu dipersoal di akhirat tapi solat kita sapa yang nak bertanggung jawab.

Monday, October 20, 2014

Basuh

Basuh berak kita bersih-bersih dahulu sebelum sibuk nak bersihkan laman orang.

Sunday, October 12, 2014

Seram sejuk...

Bersembang dengan beberapa kenalan tentang barang-barang "power". Menurut seorang sahabat ada satu batu permata yang apabila dipegang bulu romanya meremang dan terasa "seriau". Ambo pun rasa kagum kerana kesungguhanya bercerita . Tamat cerita dia ambo pun bertanya, setakat mana kepentingan meremang bulu roma kalau kita lihat dari sudut hubungan hamba dengan Tuhan dalam mencari redhaNya. Apa yang kita dapat dari meremang bulu roma tadi, dapat pahala, dapat ilmu atau kita hanya dapat beli dengan harga yang mahal. Cerita tamat setakat itu sahaja tanpa jawapan.

Monday, October 06, 2014

Hilang

Hilang


Cari
Entah apa yang dicari
Pelik,
Katanya mencari jalan balik
Tapi ku lihat kau cari batu
Katanya mencari jalan Tuhan
Tapi ku lihat kau gila kayu
Katanya mencari jalan kematian
Tapi ku lihat kau gila besi

Hilang,
Apa yang hilang?
Jalan kebenaran tidak pernah hilang
Cuma kau salah jalan
Cuma kau salah pedoman
Cuma kau hanyut dalam kilau-kilauan

 Menuntut,
Apa yang engkau tuntut?
Kau ingin menuntut kitab-kitab tebal
Kau ingin menuntut ilmu pendekar
Kau ingin menuntut pakaian para wali
Soalku, sudah bersunat atau belum?
Kalau udah, belajar syahadah dulu,
kemudian belajar wuduk,
kemudian belajar solat.

Usah kau cakap cerita-cerita wali
Usah kau ucap cerita-cerita keramat
Gosok dulu gigi sendiri
Syahadah satu nafas jangan putus .

Berkarya

Tukang yang arif biasanya akan menumpahkan pegangan agama yang dianutinya dalam karya-karya mereka. Begitu juga dalam seni bela diri. Setiap senibela diri akan menerapkan anutan agama masing-masing dalam seni tempur mereka. Justeru itu fahami betul-betul apa yang akan kita buat dan apa yang kita belajar.

Saturday, October 04, 2014

Puas

Tidak akan puas hati insan selagi mereka masih memburu hiasan-hiasan dan permainan mata.

Wednesday, October 01, 2014

Tidak selesai

Dalam kehidupan seringkali kita tinggalkan sesuatu tanpa keputusan atau penyelesaian. Rasa kebertanggungjawaban terhadap perbuatan telah kita campak dalam tong sampah. Jika ia melibatkan hak orang lain maka kita mesti bertindak menyelesaikan amanah dan tanggungjawab dengan kadar yang segera.