sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Monday, October 06, 2014

Hilang

Hilang


Cari
Entah apa yang dicari
Pelik,
Katanya mencari jalan balik
Tapi ku lihat kau cari batu
Katanya mencari jalan Tuhan
Tapi ku lihat kau gila kayu
Katanya mencari jalan kematian
Tapi ku lihat kau gila besi

Hilang,
Apa yang hilang?
Jalan kebenaran tidak pernah hilang
Cuma kau salah jalan
Cuma kau salah pedoman
Cuma kau hanyut dalam kilau-kilauan

 Menuntut,
Apa yang engkau tuntut?
Kau ingin menuntut kitab-kitab tebal
Kau ingin menuntut ilmu pendekar
Kau ingin menuntut pakaian para wali
Soalku, sudah bersunat atau belum?
Kalau udah, belajar syahadah dulu,
kemudian belajar wuduk,
kemudian belajar solat.

Usah kau cakap cerita-cerita wali
Usah kau ucap cerita-cerita keramat
Gosok dulu gigi sendiri
Syahadah satu nafas jangan putus .

No comments: