sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, January 27, 2014

Jangan dilepas-lepas

Berfikirlah berkali-kali sebelum membuat keputusan. Apabila sudah putus jangan sesekali dilepaskan atau berundur. Rempuh dan teruskan perjalanan kerana itulah jalan kita.

Tewas

Ramai yang tewas di separuh jalan.  Semangat berkobar-kobar pada perrmulaan. Akhirnya longlai dan lesu belum sampai separuh jalan pun.

Sunday, January 26, 2014

Jangan berharap

Jangan berharap pada tuah besi dan kayu serta batu untuk menjadikan kita turut bertuah. Berharaplah pada Allah penguasa sekelian alam.

Hulu jawa demam RM160.00 SOLD

Sesuai untuk bilah 13 dan 14 inci.

Saturday, January 25, 2014

Liat

Makin tua makin liat. Perangai liat kita pun macam-macam. Liat untuk beribadat, liat untuk bermasyarakat, liat untuk membantu yang memerlukan, liat untuk menyampaikan pengetahuan, liat nak bayar hutang. Liatjugak untuk berjamaah di masjid.

Lawi Ayam RM300.00 SOLD


Bilah antik
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung petai belalang
buntut penawar hitam
bilah 10 inci
keseluruhan 10 inci

Monday, January 20, 2014

Badik Kelantan Antik RM260. termasuk pos dalam Semenanjung SOLD

Badik Antik
Panjang keseluruhan 9.5 inci
Bilah 6.5 inci
Bilah belum dicuci (berpamor)

Wednesday, January 15, 2014

Berpada-pada....

Kayu, batu,besi...berpada-padalah. Timbangkan dengan timbangan aqal yang waras. Mana satu yang lebih berkuasa "baja tampal" atau "ilmu"  di dalam dada yang diamalkan. Selamat mencari besi, kayu dan batu.

Monday, January 13, 2014

Pisau lapah RM280.00 termasuk pos



Panjang keseluruhan 15 inci
Bilah 9 inci
Hulu/tapak kemuning hitam
Sampir kemuning emas
Batang sarung serian

Sunday, January 12, 2014

Pisau Sembelih RM350.00


Panjang keseluruhan 20 inci
Panjang bilah 13.5 inci
Hulu kemuning hitam
Sampir kemuning emas
atang sarung serian
sangat tajam.

Saturday, January 11, 2014

Friday, January 10, 2014

Basuh..

Basuhlah kencing berak kita dulu biar bersih. Kemudian barulah kita cuba membasuh berak orang pula.Tidak salah membasuh berak orang lain, tapi jangan sibuk duduk mengata dan mencanang tentang najis orang yang kita basuh itu berbau busuk.

Saturday, January 04, 2014

Banyak...

Berapa banyak kayu dan batu power yang terpaksa dibawa bersama setiap hari. Tambah pulak dengan pelbagai jenis azimat dipinggang. Dileher pula berselayut dengan pelbagai tangkal. Bila sipemakai mengajukan pelbagai hujah bagi menghalalkan fahamannya. Ambo hanya mampu tersengih dan tersenyum. Alahai saudara seagamaku.

Friday, January 03, 2014

Pisau Sembelih Berpamor RM350.00 SOLD


Panjang keseluruhan 19.5 inci
Bilah 12.5 inci
Hulu kemuning hitam, sampir kemuning emas,batang sarung serian, tapak kemuning hitam
Bilah berpamor

Badik (3) Rm150.00 ( SOLD )

Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 5.3 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung halban

Badik (2) RM150.00

Panjang keseluruhan 9 inci
Bilah 5 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung halban

Badik pupuk (1) Rm150.00 ( SOLD) tq

Panjang keseluruhan 9.5 inci
Bilah 5.5 inci
pakaiankeseluruhan kemuning.