sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Sunday, September 29, 2013

Parang Jengok RM550.00 ( SOLD)






Panjang keseluruhan 21.5 inci
Bilah 16 inci
Usia dalam 20 tahun

Friday, September 27, 2013

Serahkan padaNya

Adakah kita tidak percaya bahawa rezeki itu dari Allah? Kalau percaya mengapa kita gundah gulana? Perilaku, cara kerja dan sikap kita seringkali tidak memrlihatkan keyakinan kita pada pengatur rezeki.

Sunday, September 15, 2013

Manisnya karya

Jika sampir mengambil bentuk sampan atauu kolek di alam Melayu, dari sudut falsafahnya pula ia dikiaskan pada perjalanan insan di dunia meredah dugaan dan cabaran. Bagi sampan dan kolek atau kapal cabarannya ialah ombak dan badai, bukannya bunga atau kayu-kayan. Dalam konteks ini kefahaman seseorang tukang dan peminat senjata amat perlu agar pendekar tidak terlalu menjadi 'Mat bunga'. Kita ambil contoh sampir kusriwa, ia jelas memperlihatkan bagaimana perjalanan sebuah bahtera merempuh ombak, bentuk bunga dalam motif ombak jelas pada bahagian dagu sampir dalam bentuk gulungan, percikan ombak juga jelas  pada pipi sampir. Di sinilah jelas kepada kita kefahaman dan kemanatapan falsafah kehidupan yang ditetapkan pada karya. Alangkah manisnya.

Saturday, September 14, 2013

Ikut sahaja...

Pengalaman ambo dalam menuntut, jangan cakap perkara  yang bukan-bukan dengan guru. Bila berjumpa guru tanyalah dan mintalah sesuatu untuk dijadikan pegangan. Usah dipedulikan hal orang lain, hatta sahabat kita sendiri. Jangan sesekali kita bercerita tentang guru lain, nanti dia akan sokong dan menggalakkan anda berguru dengan guru tersebut. Akhirnya eko jugo yang melopong.

Buah pinang dan tukang...

Bilah keris tidak akan sempurna tanpa hulu yang baik. Pembuatan hulu keris biasanya dari bahan yang berkualiti tinggi sesuai dengan statusnya. Namun seringkali kita dapati hulu tidak sesuai dengan bilah keris. Hulu keris yang baik ialah hulu yang selesa dipegang. Ia juga "menurut" lenggok dan lekuk di tapak tangan. Sedikit 'teleng' amat sesuai. Elemen penting ulu juga ialah lubang untuk puting keris. Sebaiknya bila dimasukkkan bilah keris ia sedikit menunduk, bukan mendonggak. Bilah keris yang mendonggak akan menjadikan keris kurang selesa dan kurang efektif bila dibawa bertarung. Sedikit ukiran jugabagus untuk ulu keris, ia akan menambahkan "kekejapan" semasa menggengam ulu.

Wednesday, September 11, 2013

Saras Antik RM670.00 termasuk pos OFFER RM500.00 SOLD


Panjang keseluruhan 20 inci
Biah 15 inci. Antik
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena


Berapa banyak


  • Berapa banyak masa yang kita gunakan untuk mengingati Tuhan di luar solat wajib. 5 jam, 4 jam, 3 jam, 2 jam, 1 jam, setengah jam, 20 minit, 15 minit, 10 minit, 5 minit, atau tiada minit. Kita lebih ingat blog, fb, suratkhabr, keris, cincin, jam mahal dan seumpamanya. Alangkah ruginya masa yang berlalu pergi begitu sia-sia. 

Tuesday, September 10, 2013

Secubit cuma

Kita cuma sebutir Pasir halus di gurun yang Maha luas. Ada atau tiada, tidak member bekas. Namun sebagai pipit yang hanya mampu membawa sedikit air akan Ku gagahi jua untuk memadamkan api yang membakar Ibrahim.

Monday, September 09, 2013

Berguru...

Ketika usia sudah mencecah asar, bijaksanalah dalam memilih dan mencari guru. Satu  soalan mudah untuk kita sama-sama jawab, ilmu apakah yang paling perlu dalam kesuntukan masa kita untuk beribadah pada Allah. Mengikut kata Nabil " lu fikir la sendiri"

Mengeluh

Tidak perlu mengeluh atau keluh kesahh atas takdir Allah. Semuanya Berjalan mengikut sunnatullah. Suka atau tidak ia akan tetap berlaku. Tidak puas hati... lagi susah hati. Redha, insyaallah hati tenang atas semua yang berlaku.

Friday, September 06, 2013

MN06 - Keris Selit RM350.00



Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 5.5 inci
Hulusampir kemuning
batanmg sarung halban

MN05 Keris selit Lok 3 RM350.00 ( SOLD )


Panjang keseluruhan   10 inci
Panjang bilah 6.5 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung halban

MN04- Keris Selit RM360.00



Add caption

Keseluruhan 10 inci
Bilah 6.7 inci
Bilah berpamor lok 7
Ulu/sampirkemuning
batang sarung halban

Lawi ayam RM180.00 SOLD

Add caption


Panjang keaeluruhan 8 inci
Bilah 5 inci
Besi penuh
Hulu apit tanduk rusa
Sarung kemuning emas
Berlurah/bertulang

Thursday, September 05, 2013

Menuntut....

Kita sanggup berhabis wang ringgit dan kudrat untuk belajar silat secara berguru. Guru yang jauh jadi dekat kerana kesungguhan.  Wang yang tiada sanggup diusahakan jadi ada. Tapi nak belajar taharah dan berwuduk secar berguru....tak pernah terfikir.

Monday, September 02, 2013

Rezeki dan cari makan

Kita hanya perlu buat kerja kita, cari makan dengan tulang empat kerat. Rezeki itu anugerah Allah pada hambanya.