sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Sunday, September 15, 2013

Manisnya karya

Jika sampir mengambil bentuk sampan atauu kolek di alam Melayu, dari sudut falsafahnya pula ia dikiaskan pada perjalanan insan di dunia meredah dugaan dan cabaran. Bagi sampan dan kolek atau kapal cabarannya ialah ombak dan badai, bukannya bunga atau kayu-kayan. Dalam konteks ini kefahaman seseorang tukang dan peminat senjata amat perlu agar pendekar tidak terlalu menjadi 'Mat bunga'. Kita ambil contoh sampir kusriwa, ia jelas memperlihatkan bagaimana perjalanan sebuah bahtera merempuh ombak, bentuk bunga dalam motif ombak jelas pada bahagian dagu sampir dalam bentuk gulungan, percikan ombak juga jelas  pada pipi sampir. Di sinilah jelas kepada kita kefahaman dan kemanatapan falsafah kehidupan yang ditetapkan pada karya. Alangkah manisnya.

No comments: