sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Monday, August 19, 2013

Seni Tempur Kapak




Setiap senjata ada seni permainannya yang tersendiri. Kesesuaian tapak dengan jenis senjata juga mempunyai kaitan yang rapat. Biasanya jika senjata itu panjang, jarang menggunakan  permainan atau tapak yang terlalu rendah.

Dalam permainan Silat Gayong cara memegenag kapak ialah berhampiran dengan mata kapak, bukannya pada bahagian hujunh hulu kapak. Logiknya cara pegangan yang sebegini lebih selamat semasa membuat serangan, terutamanya untuk mengelak kapak dari mencederakandiri sendiri.

Dalam Gayong juga ada pentas kapak lawan tangan kosong. Permainannya berjengket-jengket menggunakan spring pada perut jari kaki. Kapak sering bertukar tangan kerana ada adegan rampas merampas kapak dari tangan penyerang.



* Terima kasih pada guru-guru tua gayong yang sudi menurunkan ilmu permainan kapak pada anak-anak gayong Bachok . ( Tq Pak Ngah Izahar)

No comments: